Hi! Welcome Back and Stay Tune! Kenyataan Akhbar KPK 25 November 2017 – Makluman Kejadian Wabak Penyakit Demam Tifoid di Long Urun, Sungai Asap, Belaga, Kapit, Sarawak - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Kenyataan Akhbar KPK 25 November 2017 – Makluman Kejadian Wabak Penyakit Demam Tifoid di Long Urun, Sungai Asap, Belaga, Kapit, Sarawak



Kementerian Kesihatan Malaysia ingin memaklumkan bahawa satu kejadian wabak penyakit Demam Tifoid telah dilaporkan berlaku pada 02 November 2017 di Long Urun, Sungai Asap, daerah Belaga, bahagian Kapit, Sarawak.

Long Urun terletak kira-kira 75km dari Klinik Kesihatan Sungai Asap, Belaga dan kira-kira 215 km perjalanan darat ke hospital terdekat iaitu Hospital Bintulu di Bahagian Bintulu.

Sehingga 24 November 2017, sebanyak sembilan (9) kes telah dikesan termasuk seorang pembawa sihat (carrier). Semua kes telah dimasukkan ke Hosital Bintulu untuk rawatan. Situasi wabak adalah dalam keadaan terkawal dan tiada kes kematian dilaporkan.

Siasatan awal di lokaliti wabak mendapati sistem bekalan air paip graviti tidak berfungsi dengan baik.

Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak dengan kerjasama pihak yang terlibat telah merancang kerja-kerja pembaikan yang akan dijalankan dalam masa terdekat.

Survelan demam tifoid termasuk pengesanan kes secara aktif di Long Urun dan kampung berhampiran dipertingkatkan.

Siasatan masih terus dijalankan bagi mengenalpasti punca sebenar berlakunya jangkitan kejadian wabak tersebut.

Penyakit demam tifoid adalah satu penyakit yang berjangkit melalui makanan dan minuman yang tercemar dengan bakteria Salmonella typhimurium.

Pesakit yang dijangkiti akan menghidap gejala seperti demam tinggi, sakit kepala, kurang selera makan, loya, muntah, sakit perut, sukar membuang air besar atau cirit-birit dan segelintir mengalami ruam terutama pada leher dan perut (rose-colored spots rash).

Penyakit ini boleh dirawat dengan memberikan ubat antibiotik bagi membunuh kuman penyebab penyakit serta rawatan ke atas dehidrasi yang dialami.

Keadaan pesakit boleh menjadi lebih teruk sekiranya tidak dirawat.

Orang ramai di kawasan terlibat atau yang pergi melawat ke kawasan tersebut diminta untuk mengambil langkah-langkah pencegahan termasuk seperti sentiasa menjaga kebersihan diri dengan mencuci tangan sebelum makan dan selepas ke tandas, makan makanan yang telah dimasak, menggunakan air yang telah dimasak untuk diminum dan menggunakan air terawat untuk mencuci peralatan dapur dan bahan mentah memasak.

KKM menyeru penduduk setempat yang mempunyai gejala demam berpanjangan atau perubahan kepada tabiat membuang air besar agar segera mendapatkan rawatan di fasiliti kesihatan berhampiran.

KKM akan terus memantau situasi wabak demam tifoid ini dan berharap penduduk di kawasan terlibat sentiasa mengikuti nasihat kesihatan yang diberikan bagi memastikan kejadian ini dapat dikawal dengan segera.

Sekian, terima kasih.

DATUK DR. NOOR HISHAM ABDULLAH
KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

25 November 2017


✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2BlTxaw

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.