Hi! Welcome Back and Stay Tune! Tiada rakyat Malaysia terjejas akibat serangan di Masjid Al Rawdah - Wisma Putra - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Tiada rakyat Malaysia terjejas akibat serangan di Masjid Al Rawdah - Wisma Putra

PUTRAJAYA: Kementerian Luar mengesahkan tiada rakyat Malaysia yang terjejas akibat serangan maut di masjid Al Rawdah di perkampungan Al Radwa, Utara Sinai, Mesir, semalam.

Serangan itu, yang berlaku semasa solat Jumaat, mengorbankan 235 orang dan mencederakan 109 orang yang lain.

Wisma Putra, dalam kenyataan pada Sabtu, berkata Kementerian Luar memantau rapi keadaan itu, dan kedutaan Malaysia di Kaherah sentiasa berhubung dengan pihak berkuasa tempatan.

Menurut kenyataan itu, kerajaan Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya serangan pengecut itu.

"Malaysia turut merakamkan takziah yang mendalam kepada kerajaan dan rakyat Mesir, serta keluarga mangsa yang terjejas akibat serangan itu," kata kementerian berkenaan.

Kementerian itu turut mengingatkan semua rakyat Malaysia di Mesir agar sentiasa berwaspada pada setiap masa.

Rakyat Malaysia di Mesir juga dinasihati agar menghubungi Kedutaan Malaysia di Kaherah menerusi talian +2 02 3761 0013, +2 012 0027 6388 atau e-mel mwcairo@kln.gov.my untuk maklumat lanjut.

Menurut laporan media tempatan (seperti yang dipetik Al-Jazeera), penyerang meledakkan bahan letupan sebelum melepaskan tembakan ke arah jemaah masjid.

Sehingga kini, belum ada kumpulan yang mengaku bertanggungjawab melakukan serangan itu, menurut laporan media itu.

-- BERNAMA



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2AuBVMD

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.