Hi! Welcome Back and Stay Tune! PPBM Tak Setanding UMNO Perjuang Survival Melayu - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

PPBM Tak Setanding UMNO Perjuang Survival Melayu


Ketiadaan ahli akar umbi yang utuh selain pucuk pimpinan dilihat mementingkan agenda sendiri membuatkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) tidak berupaya menggantikan UMNO dalam memperjuangkan survival orang Melayu.

Peguam yang juga pakar undang-undang, Zamri Idrus berkata, perkara itu terbukti apabila PPBM sedang berisiko dibatalkan pendaftarannya oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) akibat masalah dalaman parti termasuk gagal mendapat persetujuan dua pertiga perwakilan untuk meminda Perlembagaannya.

Beliau berpandangan masa­lah berpunca akibat PPBM seolah-olah mencedok perlembagaan parti politik yang telah lama wujud seperti UMNO sekali gus membuatkan parti Tun Dr. Mahathir Mohamad itu terperangkap.

“Bayangkan bayi berusia lapan bulan memakai pakaian pelajar tingkatan lima, sudah pasti bayi itu akan tenggelam kerana struktur yang dimiliki parti-parti lama seperti UMNO telah melalui evolusi berpuluh tahun.

“Saya ada melihat Perlembagaan PPBM, mesyuarat parti perlu dimulakan daripada peringkat cawangan sebelum membuat Persidangan Agung tetapi persoalannya, mereka ada cawangan atau tidak?” katanya.

Beliau berkata demikian semasa menjadi seorang daripada ahli panel bual bicara bertajuk Krisis Perlembagaan PPBM: Apa Kesudahannya? anjuran bersama portal berita Massa TV, Mykmu.net dan AgendaDaily di sini malam tadi.

Yang turut menjadi ahli panel ialah Pengasas PPBM, Kamarul Zaman Habibur Rahman yang tidak lagi menyertai parti itu dan bekas Exco Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) PPBM, Mohamad Taufik Abas manakala Editor dan penulis kanan AgendaDaily, Helmi Hanafi bertindak selaku moderator.

Jelas Zamri, masalah membabitkan PPBM dan ROS berpunca akibat parti tidak ‘menghormati’ perlembagaan sendiri dan kesalahan itu dilaporkan oleh ahli-ahli parti.

“Cara terbaik adalah mereka mematuhi Perlembagaan yang dibuat dan menjadikan DAP sebagai panduan dengan mengikut arahan ROS untuk mengadakan semula pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusatnya (CEC),” kata beliau.

Pada masa sama, Kamarul Zaman berkata, kegagalan PPBM mematuhi Perlembagaannya sudah dijangka sewaktu parti belum ditubuhkan lagi kerana mendapati pimpinan tertinggi parti dan tidak mengambil tahu usaha menggerakkan parti di peringkat negeri dan bahagian.

“Mungkin ada perkara lain bermain di fikiran mereka yang baru dipecat daripada UMNO. Tetapi kerana tidak mempedulikan perkembangan parti, PPBM semakin lama semakin bermasalah,” katanya.

Mohamad Taufik pula mendakwa mungkin terdapatnya cubaan oleh beberapa pemimpin PPBM yang sengaja membiarkan parti dibatalkan pendaftaran dengan niat meraih belas kasihan rakyat.

Dakwanya, kaedah itu digunakan kerana dirasakan PPBM belum bersedia untuk bertan­ding di dalam Pilihan Raya Umum Ke-14.

✍ Sumber Pautan : ☕ KAKI PALU

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2jmDKA7

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.