Hi! Welcome Back and Stay Tune! Najib saksi perlawanan akhir badminton PTIWRBNM - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Najib saksi perlawanan akhir badminton PTIWRBNM

AYER KEROH: Datuk Seri Najib Razak meluangkan masa menyaksikan perlawanan akhir badminton sempena Program Tahunan Isteri Wakil-Wakil Rakyat Barisan Nasional SeMalaysia (PTIWRBNM) di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), di sini, petang ini.

Ketibaan Perdana Menteri jam 3.13 petang untuk menyaksikan saingan akhir antara Badan Amal dan Kebajikan Isteri Wakil-wakil Rakyat Sabah (BAKISA) menentang Badan Amal dan Usaha Perak (BAIDURI).

Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor turut mengambil bahagian mewakili Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-Isteri Menteri dan Timbalan Menteri (BAKTI) yang bertemu Badan Amal Tenaga Isteri-Isteri Sarawak (SABATI) bagi penentuan tempat ketiga.

PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Razak diiringi Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron (dua dari kiri) menyaksikan perlawanan akhir badminton sempena majlis penutup PTIWRBNM yang berlangsung di MITC, Ayer Keroh. - Foto Muhammad Hatim Ab Manan

Rosmah yang berpasangan dengan isteri Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, Datin Seri Lee Sun Loo menang bergaya mengatasi Datuk Dayang Morliah Awang Daud dan Dorothy Anak Sylvester Pungga dengan keputusan straight set 21-5, 21-7.

Malah, pasukan BAKTI turut mengungguli perlawanan tempat ketiga berpasukan mengatasi SABATI dengan keputusan 3-0.

Pada perlawanan penentuan tempat pertama dan kedua itu, BAKISA berjaya mengatasi BAIDURI dengan keputusan 3-2.

Bertemakan 'Sukan, Sihat, Hijau', PTIWRBNM 2017 yang bermula kelmarin membabitkan penyertaan kira-kira 500 peserta dari seluruh negara yang bertanding dalam acara badminton, golf dan tenpin boling.

Yang hadir sama, beberapa Menteri Kabinet, Menteri Besar dan Ketua Menteri.

Malam ini, Najib juga dijangka merasmikan upacara penutupan PTIWRBNM 2017 di Hotel Equatorial, Banda Hilir, di sini.



Sumber Najib saksi perlawanan akhir badminton PTIWRBNM

✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2BacUm0

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.