Hi! Welcome Back and Stay Tune! Dibuli sampai patah gigi - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Dibuli sampai patah gigi

Seorang kanak-kanak perempuan, patah gigi depan dan mengalami pendarahan teruk di mulut akibat dibuli oleh pelajar lelaki dalam kejadian minggu lalu di sebuah sekolah di Texas, Amerika Syarikat.
Gambar kecederaan mangsa, Jayden, yang dimuat naik oleh ibu saudaranya, Mikawa, mengundang kemarahan netizen yang menggesa ahli keluarga mangsa memfailkan saman terhadap pihak sekolah, selain menuntut pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap pembuli terbabit. 
"Minggu lepas, anak saudara saya menjadi mangsa buli seorang budak lelaki. Dia cedera secara fizikal dan mental, kami mahu menuntut keadilan untuknya. Saya sedih dia jadi mangsa buli. 
"Anak saudara saya okay. Dia akan menjalani pembedahan untuk merawat giginya dan dia kini sedang dijaga oleh ibunya. 
"Buat masa ini, ibunya tidak dapat berbuat apa-apa tetapi polis sudah mengambil maklum dan ibunya akan bertemu dengan pihak sekolah untuk berbincang mengenai kejadian yang menimpa Jayden," katanya. 


Menurut Mikawa, pelajar terbabit mempunyai masalah disiplin dan pernah membuli pelajar lain, malah guru juga turut menjadi mangsanya sehingga dia dihalau keluar dari sekolah kerana membuli. 
Sementara itu, netizen meluahkan rasa kesal dan bersimpati dengan nasib yang menimpa Jayden. Mereka juga mendoakan agar Jayden segera pulih dan berharap pihak berkuasa mengambil tindakan tegas terhadap pembuli berkenaan.


✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2iQKiHZ

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.