Tenung Wajah Keluarga Sebelum Meninggal
Kredit Foto Berita Harian Online |
Muhammad Hafizzudin menghembuskan nafas terakhir pada jam 3.55 petang di sisi keluarga di rumahnya di Kampung Baru, dekat Sungai Lalang, di sini, semalam, kata ibunya.
Ibunya, Husna Naut, 43 berkata Hafizuddin baru sahaja pulang dari Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) di sini petang semalam selepas empat hari dalam rawatan kerana mengalami demam panas.
Pada sebelum ini, Hafizzudin pernah menyuarakan impian ingin menaiki kereta mewah BMW yang berwarna putih. Impiannya telah dipenuhi oleh Auto Bavaria dengan membawa murid Tahun Lima Kebangsaan (SK) Sungai Lalang itu bersiar-siar menaiki kereta BMW i8.
Pihak keluarga mengucapkan terima kasih kepada semua yang pernah memberi sumbangan untuk meringankan beban bagi menanggung kos rawatan arwah anaknya itu, katanya.
Katanya lagi, kami juga mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang merealisasikan hasratnya dan mendoakan arwah selama ini. Sumber: Berita Harian Online. Editor: Atila Atasha
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2A76KpK
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment