Hi! Welcome Back and Stay Tune! ‘Tampal semula yang berlubang’: Nizam Laksamana - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

‘Tampal semula yang berlubang’: Nizam Laksamana

SETELAH menyertai program Gegar Vaganza (GV) musim kedua, nama Nizam Laksamana kembali segar di ingatan peminat.

Jika sebelum ini mungkin ada yang hampir terlupa, penyertaannya itu membuka ruang untuk Nizam lebih aktif dalam bidang seni. 

Perkara ini diakui sendiri oleh Nizam atau nama sebenarnya Mohd Nizam Pechok dalam temu bual bersama Sinar Harian. 

“Alhamdulillah, selepas GV, orang kenal kembali Nizam Laksamana. Program ini juga membuka ruang untuk saya dipanggil kembali buat show.  Alhamdulillah, rezeki ada. 

“Terkini saya bakal muncul dengan single terbaru. Sebelum ini Kekasih diterbitkan pada 2013, kemudian Tiada pada 2014 dan 2016, Nafas yang mempunyai dua single iaitu Hanya Perasaan dan Sedar. 

“Untuk Nafas saya hanya cetak 1,000 keping sahaja dan Alhamdulillah dalam masa lima bulan dah habis dibeli peminat,” ujar Nizam yang memberitahu dia banyak menerima show di Sabah. 

Selain aktif menyanyi, Nizam juga menubuhkan syarikatnya sendiri khusus untuk acara, Nizam Laksamana Production.

“Alhamdulillah rezeki untuk saya dan keluarga tak putus,” jelasnya mengucapkan syukur. 

Bercerita lanjut mengenai perkembangan terbaru, Nizam memberitahu dalam usianya yang sudah menjangkau 51 tahun, kerjayanya tidak terhad kepada menyanyi dan perniagaan sahaja, sebaliknya turut aktif menghadiri program Islamik iaitu Sembang Selebriti anjuran badan dakwah.

“Dulu rockers, sekarang bagi saya tak rockers lagi dah, cuma kebolehan menyanyi itu masih ada. Alhamdulillah. 

“Sekarang gelaran rockers tu peminat sahaja yang panggil tapi untuk diri sendiri menyanyi sebab minat yang ada dan masih dikehendaki, itu saja. 

“Dalam program Sembang Selebriti, saya selesa berkongsi realiti kehidupan. Dulu banyak yang kosong, berlubang.  Jadi sekarang ni masa untuk saya isi dan tampal semula mana yang berlubang itu,” ceritanya. 

Nizam menambah dia menyokong program sebegini kerana selain dapat berkongsi pengalaman, juga dapat berkawan dan mengenali dengan ramai individu dalam kalangan ustaz Pencetus Ummah, pakar motivasi, dan sebagainya dapat membuka lebih ruang untuk dia belajar menjadi lebih baik. 

“Antara perkongsian saya adalah cerita mengenai kepayahan hidup, untuk survival, bergantung kepada persembahan fun fair sahaja. Dulu tak mewah dan mudah seperti sekarang ini. Kena kerja keras,” ujarnya.

Nizam mengakui, kehidupan waktu mudanya lebih cenderung kepada seronok sehingga terleka, lalai dan terjerumus kepada unsur tidak baik.

Justeru, dia mula berkongsi kisahnya tetapi bukan bertujuan memberi nasihat.

“Saya bukanlah orang yang layak untuk beri nasihat. Tapi apa yang saya akan beritahu adalah ikut kata kedua ibu bapa. Jika kita jadikan ibu bapa sebagai mentor, sebagai idola, kita hendaklah dengar kata ibu bapa kita perkara yang baik-baik kerana orang tua lebih tahu daripada kita apa yang di depan,” ujar bapa kepada empat anak yang sedang meningkat dewasa ini. 

Sebagai seorang bapa, Nizam turut meluahkan kerisauannya terhadap kehidupan remaja kini yang diduga zaman alam maya dan gajet. 

“Nak besarkan anak-anak remaja zaman ini susah, kena guide mereka. Tak boleh biarkan sahaja sebab takut terpengaruh dengan faktor-faktor media sosial,” jelasnya. 

Bakat seni anak

Ke mana tumpahnya kuah jika tidak ke nasi begitulah  diibaratkan kepada empat anak Nizam iaitu Muhammad Aniq Adam, 21, Muhammad Ali Saifuldeen, 20, Nur Ellis Adeeba, 18, dan Nur Ellisa Adeena, 13, yang kesemuanya mempunyai bakat menyanyi. 

Pun begitu, bagi Nizam, meskipun dia tahu anak-anaknya boleh menyanyi tetapi dia tidak menggalakkan mahupun menghalang. 

“Saya mahu anak-anak saya ikut cara Allahyarham Datuk Sudirman Haji Arshad. Utamakan pelajaran terlebih dahulu dan kemudian baru cari minat iaitu menyanyi. 

“Itu yang saya tekankan kepada anak-anak saya. Nak buat apa-apa minat sekalipun biarlah habiskan pelajaran terlebih dahulu kerana kita tak ada apa-apa kalau tak ada pelajaran,” tegasnya.

The post ‘Tampal semula yang berlubang’: Nizam Laksamana appeared first on Berita Viral.



✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2iPn4BU

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.