Hi! Welcome Back and Stay Tune! Kemalangan tak halang Shukri Yahaya beraksi di litar - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Kemalangan tak halang Shukri Yahaya beraksi di litar

SERDANG: Kemalangan kecil yang dialami ketika sesi latihan, semalam, tidak mematahkan semangat pelakon, Shukri Yahaya untuk meneruskan perlumbaan pada acara Toyota GAZOO Racing (TGR) Racing Festival di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS), di sini, hari ini.

Shukri berkata, biarpun kurang berpengalaman dan baru berjinak-jinak beraksi di litar, dia yakin dengan sistem keselamatan yang disediakan.

"Keadaan litar agak licin disebabkan hujan dan saya pula cuba memenuhi masa yang ditetapkan menyebabkan saya terbabas. Alhamdulillah, saya tidak cedera dan masih bersemangat meneruskan perlumbaan.

"Isteri saya, Tya Adnan ada meluahkan kebimbangan apabila dimaklumkan mengenai kemalangan kecil yang saya alami. Dia bagaimanapun tidak menghalang minat saya, sebaliknya meminta saya supaya lebih berhati-hati ketika beraksi di litar," katanya kepada BH Online.

SHUKRI (kanan) bersama selebriti tempatan yang turut serta pada Toyota GAZOO Racing (TGR) Racing Festival di MAEPS, hari ini.

Selain Shukri, beberapa selebriti tempatan seperti Janna Nick, Fattah Amin, Diana Danielle dan ramai lagi turut terbabit pada acara yang turut menampilkan aksi perlumbaan kereta, pertunjukan drift, penampilan selebriti serta permainan pentas.

Dalam perkembangan lain, Shukri turut terbabit menjayakan drama rantaian untuk slot Akasia di TV3 berjudul Tiada Arah Jodoh Kita.



Sumber Kemalangan tak halang Shukri Yahaya beraksi di litar

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2i3VDqI

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.