Hi! Welcome Back and Stay Tune! Pindah Gunung Dapat Duit - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Pindah Gunung Dapat Duit



EMIGRASI merupakan satu masalah besar hari ini termasuk yang dihadapi sebuah perkampungan di kawasan pergunungan di Switzerland.

Bagaimanapun, majlis daerah tempatan Albinen akan memperjuangkan satu cadangan supaya kawasan itu terus hidup dengan penempatan penduduk.

Perkampungan kecil dengan 250 ahli komuniti di Valais, selatan Switzerland memberi ganjaran sebanyak 70,000 Swiss francs (RM294,199) kepada orang luar yang mahu berpindah ke kawasan itu.

Bayaran tersebut untuk sebuah keluarga empat orang yang sanggup berpindah ke Albinen.

Setiap orang dewasa berpeluang mendapat 25,000 francs (RM105,070), manakala kanak-kanak pula 10,000 francs (RM42,028).

Bagaimanapun, jangan terlalu teruja dengan ganjaran untuk berpindah ke kawasan pergunungan ini sekiranya anda berumur lebih 45 tahun.

Dalam pada itu, pendatang baharu juga perlu bersetuju untuk menetap di situ selama sekurang-kurangnya 10 tahun di samping membeli rumah atau mengubahsuai salah sebuah rumah di kampung tersebut.

Rumah tersebut mestilah berfungsi sebagai kediaman tetap, dan bukannya sebagai tempat persinggahan semasa cuti. - odditycentral/mstar


✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2hSaEs9

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.