Hi! Welcome Back and Stay Tune! Sektor swasta perlu prihatin pada OKU - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Sektor swasta perlu prihatin pada OKU

JOHOR BAHRU: Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah bertitah, sektor swasta perlu menyumbang dan prihatin kepada orang kurang upaya (OKU) bagi memastikan golongan itu menjalani kehidupan lebih baik.

Raja Zarith Sofiah bertitah, walaupun kerajaan memberi pelbagai bantuan terutama kewangan kepada OKU, ia masih boleh ditingkatkan.

OKU bukan sekadar memerlukan bantuan kewangan, sebaliknya juga kepakaran dan komitmen jangka panjang termasuk latihan.

Baginda yang juga Penaung Diraja Persatuan Cerebral Palsy Johor menyokong inisiatif dermawan bagi membolehkan persatuan itu bergerak dan merancang perkhidmatan lebih baik untuk kebajikan kanak-kanak di pusat itu.

"Bagi mencapai masyarakat yang lebih inklusif di Johor, kita mesti memberi ruang kepada golongan OKU dan keluarga mereka untuk bersuara serta membuat perubahan sebenar.

"Ini membolehkan anak-anak ini berdikari dan tidak bergantung sepenuhnya kepada penjaga mereka

"Kerajaan negeri amat menyokong persatuan ini, namun masih banyak yang perlu dilakukan. Selain bantuan diberikan oleh pemimpin, sokongan berterusan dan bantuan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) lain termasuk sektor swasta amat diperlukan sebagai tanda keprihatinan terhadap golongan sasaran, sekali gus memenuhi keperluan mereka.

"Untuk memberikan kehidupan yang lebih baik kepada golongan ini, kita memerlukan lebih bantuan kewangan, kepakaran, komitmen jangka panjang, berkongsi pengetahuan, maklumat mengenai bantuan teknologi terkini dan peralatan bagi pesakit celebral, selain latihan vokasional," titah baginda.

Baginda bertitah merasmikan Seminar Cerebral Palsy Peringkat Kebangsaan Ke-22, bermula hari ini sehingga esok.

Seminar anjuran Persatuan Cerebral Palsy Johor dengan kerjasama Persatuan Kanak-Kanak Spastik Malaysia itu, dihadiri kira-kira 160 peserta Persatuan Cerebral Palsy Johor, Selangor, Pulau Pinang, selain hospital, pusat pengajian tinggi, pusat terapi serta badan bukan kerajaan (NGO).

Yang turut hadir, Pengerusi Majlis Kebangsaan Bagi Persatuan Kanak-Kanak Spastik Malaysia, Datuk Dr Lam Peng Chong dan Setiausaha Kerajaan Johor, Azmi Rohani.

Sementara itu, Pengerusi Cerebral Palsy Johor, Datuk Rahmat Abdul Rahman, berkata seminar itu diharap menjadi platform bagi perkongsian mengenai perkembangan terhadap aliran dalam pendidikan khas, selain habilitasi dan pemulihan individu cerebral palsy dan ketidakupayaan yang lain.



Sumber Sektor swasta perlu prihatin pada OKU

✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2iQTxYH

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.