Hi! Welcome Back and Stay Tune! Kempen 'No Gadget Hour' - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Kempen 'No Gadget Hour'

IPOH: Lembaga Penduduk dan Pembangunan dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), Perak melancarkan kempen 'No Gadget Hour' sebagai inisiatif membentuk nilai institusi kekeluargaan cemerlang dalam pembangunan negara menuju ke arah Transformasi Nasional 2050 (TN50).

Bertemakan 'Saya Sayang Keluarga Saya', kempen berkenaan diadakan sempena sambutan Bulan Keluarga 1Malaysia (BKK1M), peringkat Negeri Perak Tahun 2017, pada tahun ini.

Program bermula jam 10 pagi yang diadakan di sekitar taman tema air Lost World of Tambun itu dipadatkan pelbagai aktiviti kekeluargaan seperti mencari harta karun, sukaneka, warna-warni keluarga, 'aerodance', mencari itik emas, dan juga aktiviti air, disertai lebih 200 peserta.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat, Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri, Datuk Rusnah Kassim hadir bagi merasmikan program berkenaan.

Yang turut hadir, Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) LPPKN, Abdul Shukur Abdullah dan Pengarah LPPKN Perak, Suraya Ghazali.

Rusnah berkata, dalam era revolusi teknologi maklumat sekarang, kempen itu tepat pada masanya dalam memberi kesedaran kepada institusi keluarga untuk memainkan peranan penting dalam membentuk keluarga yang berkualiti.

"Saya menyeru kepada ibu bapa supaya meluangkan masa berkualiti bersama anak dan mengehadkan atau tidak menggunakan gajet semasa bersama ahli keluarga.

"Tanggungjawab ini penting dan kempen hari ini diharap dapat mengukuhkan lagi hubungan dan interaksi antara ibu bapa dan anak-anak," katanya.

Rusnah berkata, segala-galanya berubah dengan pantas dan membina keluarga yang bahagia dan sejahtera adalah sesuatu yang mencabar sekarang dan pada masa depan

"Sudah semestinya peranan institusi keluarga sebagai teras dalam membentuk dan menyediakan modal insan berkualiti negara dalam memacu kemajuan negara lebih cemerlang.

"Ia menjadi aspek utama dalam transformasi untuk menjadi negara maju berpendapatan tinggi pada tahun 2020 seterusnya menjadi antara kuasa besar dunia seperti yang diaspirasikan dalam TN50," katanya.



Sumber Kempen 'No Gadget Hour'

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2i4Xdc0

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.