Hi! Welcome Back and Stay Tune! Pemilik page ‘Sultan Melaka Fans’ dedah diri, dedah jana RM10ribu sebulan: “Lawak kami bukan sebarangan” - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Pemilik page ‘Sultan Melaka Fans’ dedah diri, dedah jana RM10ribu sebulan: “Lawak kami bukan sebarangan”

‘Lawak kami bukan sembarangan’

Bermula sekadar suka-suka, namun kini mempunyai pengikut mencecah ratusan  ribu.

Itulah yang berlaku kepada Facebook Sultan Melaka Fans dan Sultan Melaka apabila berjaya menarik peminat menerusi troll dipaparkan dalam laman sosial berkenaan.

Boleh dikatakan setanding laman troll lain seperti Siakap Keli, Amran Fans dan Abdul Rani Kulop Fans, Facebook Sultan Melaka Fans dan Sultan Melaka tidak kurang hebatnya apabila kini mencecah hampir setengah juta Like walaupun baru tiga tahun diwujudkan.

Namun, tidak ramai mengetahui siapa di belakang tabir Facebook berkenaan yang sering memaparkan berita terkini, diselang seli unsur jenaka dan gurau senda.

Pemilik akaun Facebook berkenaan ialah Shahir Mohd Shah, 33, yang menubuhkan Sultan Melaka Fans pada 2014.

Shahir berkata, pada mulanya dia hanya sekadar suka-suka menghiburkan orang ramai di alam maya dan tidak terlintas langsung mendapat sambutan sehingga membolehkannya menjana pendapatan.

“Lawak kita bukan sembarangan tapi ada fakta.

“Lama-kelamaan, ramai bertanya terutama peniaga online mengenai perkhidmatan buat iklan. Dari situ, saya jadikan sekali laman ini untuk jana pendapatan,” katanya.

Menurutnya, laman itu dikendalikan 10 editor yang dilantik, terdiri daripada bloggers, akauntan, kontraktor, ahli perniagaan.

“Dua editor lagi dilantik uruskan iklan bagi memastikan setiap hari ada iklan yang disiarkan dan dibahagikan kepada dua sesi iaitu siang dan malam.

“Alhamdulillah,  sekarang setiap hari ada iklan masuk sehingga adakala boleh cecah pendapatan RM10,000 sebulan,” katanya yang turut bergurau menggelar dirinya sebagai beta.

Pernah bekerja sebagai chef di sebuah hotel, Shahir berkata, dia sanggup meninggalkan kerjaya diceburi lebih 10 tahun itu untuk fokus kepada laman Facebook berkenaan termasuk menguruskan iklan.

Malah katanya, dia pernah ditawarkan RM40,000 oleh seseorang yang mahu membeli laman Facebook itu, namun dia menolaknya.

Tetap berhati-hati

Shahir berkata, walaupun menyelitkan unsur gurauan, kumpulannya tetap berhati-hati menyiarkan sesuatu bahan troll untuk mengelak perkara sensitif.

Malah katanya, dia pernah kehilangan satu akaun Facebook lain yang mempunyai lebih 300,000 pengikut selepas ada pihak membuat aduan kepada Facebook.

 

“Sebelum ini, troll yang dilakukan sama ada mengenakan artis, ahli politik dan orang awam itu bersifat terbuka, tapi sekarang kita lebih berhati-hati menyiarkan sebarang lawak atau posting,” katanya.

Selain itu katanya, pihaknya juga turut membuat lintas langsung di beberapa lokasi percutian menarik untuk pengetahuan orang ramai.

“Mungkin orang lihat tindakan kami negatif atau keburukan laman ini, tapi saya tak ambil peduli setiap komen negatif itu.

“Ada juga yang minta kami bantu siarkan ahli keluarga hilang, hilang kenderaan, menularkan individu menipu atau maklumat bencana alam. Kami anggap ia sebagai khidmat komuniti kepada masyarakat,” katanya yang lebih senang tidak mendedahkan identiti kumpulan yang mengendalikan laman berkenaan.

Sementara itu, editor laman Facebook Siakap Keli, A Rizal Che Zake yang turut terlibat dalam laman Facebook Sultan Melaka Fans mendedahkan, laman Facebook Siakap Keli sebenarnya dimiliki seorang lelaki, yang kemudian dijualkan kepada seseorang dengan harga dianggarkan RM1.5 juta.

Bagaimanapun katanya, pemilik kedua itu menjualkan semula kepada syarikat televisyen swasta dengan harga dianggarkan RM10 juta.

Dia yang turut menjadi editor di beberapa laman Facebook popular lain juga mengakui laman Facebook troll kini mampu menjana pendapatan lumayan.

“Biasanya page yang mempunyai kira-kira 1.1 juta pengikut dijual dengan harga RM45,000. Kalau 600,000 pengikut dengan harga RM30,000. Sementara 300,000 pengikut pula dijual dengan harga RM20,000,

“Berbekal pengalaman dalam bidang pengiklanan,  tak ada masalah untuk saya dapatkan pelanggan biarpun tak jumpa mereka secara depan. Yang penting kita cuba buatkan yang terbaik bagi pelanggan dan jujur,” katanya.

 

Sumber: Sinar Harian



Sumber Pemilik page ‘Sultan Melaka Fans’ dedah diri, dedah jana RM10ribu sebulan: “Lawak kami bukan sebarangan”

✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2BlBRMf

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.