Hi! Welcome Back and Stay Tune! 'Kalau isteri tau, mesti gaduh' - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

'Kalau isteri tau, mesti gaduh'

“TOLONGLAH puan lepaskan saya kali ini, isteri menunggu hari untuk bersalin,” itu rayuan lelaki selepas ditahan ketika mahu membeli dadah, di sarang penagihan di Krubong, hari ini.

Lelaki berusia 36 tahun itu, antara lima penagih dadah yang ditahan dalam Program My Beautiful anjuran Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Melaka Tengah (MT) bersama sepasukan polis dari Bahagian Narkotik Ibu Pejabat Polis Melaka Tengah.

Lelaki itu, mendakwa ketika ditahan dia baru saja memasuki sarang penagihan untuk mendapatkan bekalan dadah.

Katanya, dia yang baru tiba dari Kuala Lumpur empat hari lalu, singgah di kawasan itu selepas dimaklumkan rakannya terdapat tempat baru.

“Ini baru kesalahan kedua, tolonglah lepaskan saya, kalau isteri tahu pasti kami akan bergaduh besar. Selain itu, dia kini tunggu hari mahu lahirkan anak kedua.

“Kalau ditahan, siapa yang mahu uruskan dan hantarnya ke hospital nanti,” katanya.

Selain itu, turut ditahan anggota polis berusia 33 tahun dan pemeriksaan lanjut menemui dua paket kecil dadah dipercayai syabu dan heroin.

Dia yang berasal dari Alor Gajah, turut mendakwa bekerja sebagai pembantu di sebuah kantin sekolah menengah bagi mendapatkan sumber kewangan.

Sementara itu, Ketua Pegawai AADK Melaka Tengah, Lailiyana Maon, berkata Program My Beautiful Malaysia itu diadakan bagi menghapuskan sarang penagihan dadah sekaligus penagih.

Menurutnya, dalam program itu, sepasukan anggota AADK bersama polis masuk ke sarang penagihan itu, pada 6.30 pagi.

“Lima lelaki berusia antara 33 hingga 47 tahun ditahan kerana disyaki terbabit dalam aktiviti penagihan dadah.

“Lelaki berusia 33 tahun itu diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952, manakala empat lagi dibawa ke AADK,” katanya.



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2zC06Zz

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.