Hi! Welcome Back and Stay Tune! PTPTN anjur Hari Mesra Pelanggan serentak di seluruh negara - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

PTPTN anjur Hari Mesra Pelanggan serentak di seluruh negara

PUCHONG: Sambutan Hari Mesra Pelanggan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang diadakan serentak di seluruh negara merupakan usaha meningkatkan mutu perkhidmatan kepada pelanggan mereka.

Timbalan Ketua Eksekutif PTPTN, Mastura Mohd Khalid berkata, ia sekali gus sambutan ke-20 PTPTN yang disambut pada November tahun ini.

"Daripada kita membuat promosi terus kepada pelanggan, pada masa yang sama PTPTN juga mempunyai kolaborasi startegik dengan pihak majikan, sama ada ia adalah agensi kerajaan atau syarikat swasta.

"Mereka ini boleh mendaftar sebagai sahabat PTPTN. Sebagai sahabat yang melaksanakan potongan gaji kepada kakitangan, mereka akan mendapat komisyen yang diberikan oleh PTPTN," katanya semasa Hari Mesra Pelanggan PTPTN dan Majlis Penyampaian Hadiah Cabutan Wow! 20 Tahun PTPTN di sini hari ini.

BACA: Insentif khas PTPTN untuk ibu bapa pelajar tahun satu

BACA: BiKUM beri akaun SSPN-i percuma kepada mangsa banjir - Shamsul Anuar

Pada majlis sama, Mastura menyerahkan komisyen Program SAHABAT berjumlah RM75,308 kepada Jabatan Pendidikan Negeri Selangor, Jabatan Kesihatan Selangor dan Universiti Teknologi MARA (UiTM).

Manakala jumlah insentif khas SAHABAT berjumlah RM209,440 kepada Jabatan Pendidikan Negeri Selangor.

Pendeposit yang membuka atau menambah ibu bapa pelajar tahun satu yang membuat simpanan di dalam Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN-i atau SSPN-i Plus) tahun ini akan menerima pemberian insentif Khas Geran Sepadan iaitu deposit percuma bernilai RM50.

Keistimewaan itu selaras pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak semasa pembentangan Bajet 2017 tahun lalu.

"Sehingga Oktober lepas, hanya 10 peratus daripada pelajar tahun satu yang telah menerima simpanan percuma itu dan diharap baki dua bulan lagi bagi 2017 ini diambil peluang sepenuhnya oleh ibu bapa.

"Simpanan ini ada banyak kelebihan, bukan sahaja percuma RM50 bagi ibu bapa pelajar tahun satu tetapi bagi mereka yang tidak mempunyai anak tahun satu akan mendapat banyak manfaat seperti pemberian dividen yang kompetetif, pelepasan taksiran cukai tahunan, perlindungan takaful dan lain-lain lagi," katanya.

Sementara itu, eksekutif Azlifah Ismail diumum pendeposit bertuah untuk anaknya Airis Sofea Mohd Rais yang berumur tujuh tahun sebagai pemenang cabutan bulanan 20 tahun PTPTN.

Azlifah menerima hadiah simpanan berjumlah RM10,000.



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2zCBhMN

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.