Malaysia bangkit isu ancaman militan di IMCTC
Menteri pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata penekanan terhadap isu itu penting bagi memaklumkan pakatan berkenaan betapa seriusnya ancaman militan di rantau ASEAN.
Malah tegasnya, cubaan militan Daish untuk mewujudkan pangkalan di Selatan Filipina bukti rantau ini berdepan ancaman serius.
"Saya akan cerita kepada mereka bahawa kita di sini juga berdepan dengan ancaman yang perlu mendapat kerjasama dan input dari mereka yang menghadapi keganasan di Timur Tengah."Malah kejadian letupan dan serangan bom yang mengorbankan sekurang-kurangnya 235 jemaah di Masjid Rawda ketika khutbah Jumaat semalam membuktikan tiada negara yang terkecuali daripada ancaman keganasan militan," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas pelancaran Program Boothcamp eRezeki dan eUsahawan Sembrong, di sini.
IMCTC adalah satu bentuk pakatan negara islam dalam memerangi keganasan yang disertai 41 negara anggota.
Mesyuarat pertama IMCTC akan dirasmikan Putera Mahkota merangkap Menteri Pertahanan Arab Saudi, Putera Mohammed Salman Al-Saud.
Tambahnya, penting bagi negara-negara ASEAN terus bersatu-padu dan bersepakat dalam menangani ancaman keganasan militan.
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2n5q01Y
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment