Kaki Dirantai Mulut Ditutup
Selasa lalu, seorang pengusaha stesen minyak telah bertindak merantai kaki dan menutup mulutnya dengan pita pelekat sebagai tanda protes di lobi Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) di sini, semalam.
Pada jam 2.30 petang tiba di lobi berkenaan, beliau terus bertindak menutup mulut dan merantai kakinya dengan rantai besi sepanjang 40 meter sebelum duduk di tangga lobi. Dia yang dikenali sebagai Fadzilah Abdul Hamid, 57 tiba bersama rombongan daripada Pesatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM).
Dia telah bersandar di tepi tangga dengan mengeluarkan kain rentang yang tercatat perkataan ‘boikot Caltex’.
Orang ramai yang berada di sekitar lobi juga turut merakam perilakunya. Gelagatnya itu menarik perhatian orang ramai di sekitar itu.
Namun usaha pengawal keselamatan yang memintanya untuk beredar juga bagaimanapun gagal dan beliau hanya menunjukkan isyarat tangan sebagai tanda enggan bekerjasama.
Fadzilah kelihatan berjalan-berjalan di sekitar lobi degan mengheret rantai besi di kakinya selepas kira-kira sejam selepas itu.
Difahamkan, selagi KPDNKK tidak mengambil perhatian tuntutannya, Fadzilah tidak akan berganjak di lobi itu. Sumber: Sinar Harian. Editor: Atila Atasha
loading...
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2n0yXtn
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment