’23 Tahun Tanpa Identiti, Umur Pun Saya Agak Sahaja’ – Wanita Malang
Bagaimana agaknya perasaan anda apabila selama bertahun-tahun hidup tanpa pengenalan diri, umur pun hanya diagak sahaja.
Bukanlah perkara yang mudah, apa sahaja yang hendak dilakukan dalam negara ini, memerlukan kad pengenalan, surat beranak untuk menjelaskan identiti sebenar.
Wanita malang ini sudah 23 tahun hidup dalam ketakutan dan juga kesedihan kerna tidak memiliki sebarang dokumen tentang dirinya.
Ain tidak pernah kenal dengan ibu bapanya sejak dia dilahirkan. Wanita itu berkongsi kisah hidupnya yang menghabis zaman kanak-kanaknya di Chow Kit sebelum diambil oleh beberapa keluarga angkat. Dia turut berkata sepanjang dibesarkan oleh keluarga angkat tersebut, dia terpaksa melakukan kerja orang dewasa seperti menjual sate, menyiang ikan atau ayam dan menjadi pembantu gerai.
Memang saya tak ingat apa-apa ketika itu. Sepanjang dijaga dua keluarga angkat terbabit yang menetap di Ampang, Selangor dan Kuala Lumpur saya tidak pernah ke sekolah selain tidak ada nama secara rasmi.
Tambahnya lagi, dia nekad untuk melarikan diri daripada keluarga angkat tersebut dan takdir telah menemukan dia dengan seorang pondan. Pondan tersebut telah menjaganya Ain untuk beberapa tahun namun akhirnya diarahkan untuk keluar dari rumah.
Namun, saya diminta keluar dari rumah berkenaan kerana ketika itu bimbang ditangkap berikutan menjaga orang hanyut macam saya. Menggunakan wang simpanan bekerja di restoran mamak, saya cari kerja lain dan hidup berdikari sampai sekarang
Saya pernah cuba menjejak semula individu menjaga saya termasuk pondan terbabit namun gagal kerana rumah yang pernah saya diami sebelum ini tiada lagi dan sudah dibangunkan menjadi taman perumahan.
Lebih menyulitkan saya tidak tahu siapa mereka, cuma tahu panggilan ringkas bukan nama penuh. Begitu juga dengan ibu bapa kalau ada rezeki berjumpa mereka saya bersyukur, kalau sebaliknya apa boleh buat
Kekurangan bukti sebagai warga negara
Sudah bertahun-tahun dia berusaha untuk mendapatkan dokumen-dokumen pentingnya itu. Namun, usahanya gagal kerana kekurangan bukti untuk mengesahkan bahawa dia dilahirkan di negara ini.
Ain turut menggelarkan dirinya sebagai orang yang hanyut tanpa dokumen pengenalan diri. Tiada mana-mana negara pun yang akan menerima dirinya sebagai warga negara yang sah. Walaupun sudah berumur 23 tahun, Ain langsung tidak mengetahui bila dia dilahirkan hingga terpaksa mengagak usia dirinya sendiri.
“Saya sebolehnya mahu berkeluarga, malah tahun depan saya merancang untuk bernikah. Calon suami pun sudah ada, tapi macam mana mahu isi borang kalau saya sendiri tidak ada identiti.
Kalau boleh saya mahu jadi warganegara yang sah, tidak lagi hidup dalam ketakutan, malah sampai sekarang saya tidak tahu asal-usul atau mengenali siapa wanita melahirkan saya”
Dia juga pernah ditipu Rm5000 oleh seorang lelaki yang mengaku sebagai pegawai JPN yang kononnya boleh membantu Ain mendapatkan dokumen pengenalan diri menggunakan jalan belakang.
Sumber: Ohbulan.com
The post ’23 Tahun Tanpa Identiti, Umur Pun Saya Agak Sahaja’ – Wanita Malang appeared first on Aliff Channel.
✍ Sumber Pautan : ☕ Tahukah Anda Rakyat Malaysia?
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2zUH8ZZ
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment