Hi! Welcome Back and Stay Tune! LEPAS SERANGAN DIVA AA, AZMIN JAWAB ‘PERSETANKAN MEREKA’ - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

LEPAS SERANGAN DIVA AA, AZMIN JAWAB ‘PERSETANKAN MEREKA’

Menteri Besar Selangor Datuk Seri Azmin Ali nampaknya tidak menghiraukan ancaman adiknya Azwan yang berikrar mahu “menjahamkanya” di perhimpunan agung Umno di ibu negara semalam.

Berucap dalam program di sebuah rumah pangsa di Klang malam tadi, Azmin berkata beliau tidak akan mempedulikan semua serangan itu.

“Pedulikan mereka, persetankan mereka! Saya berada dalam perjuangan ini bukan kerana bicara soal keluarga.

“Saya berada dalam perjuangan untuk mengangkat martabat rakyat dan menyelamatkan negara,” katanya.


Semalam, Azwan (atas) yang juga selebriti terkenal membuat kejutan dengan muncul di Perhimpunan Agung Umno dan mengancam untuk mendedahkan rahsia Azmin.

Menafikan dirinya “barua” Umno, Azwan yang turut dikenali sebagai Diva AA berkata, beliau akan menjatuhkannya abangnya sebagai pemimpin nombor satu Selangor.

Azwan tampil bersama pemimpin akar umbi Umno yang terkenal dengan pelbagai gimik Datuk Seri Jamal Md Yunos.

Sementara itu, Azmin dalam ucapannya, tanpa menyebut nama, berkata terdapat keluarganya digunakan untuk menyerang beliau.

“Mana keluarga yang tidak bersama saya, mereka guna untuk menyerang saya,” dakwanya.

Keluarga yang bersamanya pula, dakwa Azmin, ditangkap, ditekan dan diugut secara berterusan.
Berkaitan: Azwan muncul di PAU, ancam dedah rahsia Azmin

– http://ift.tt/15ey8x6

.



✍ Sumber Pautan : ☕ Malaysia Chronicle

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2AzNroY

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.