Hi! Welcome Back and Stay Tune! Chef Zam Kesal Ditipu Penerbit Program Jualan Langsung TV - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Chef Zam Kesal Ditipu Penerbit Program Jualan Langsung TV

Chef selebriti popular, Chef Zam mendakwa ditipu penerbit program jualan langsung televisyen apabila tidak menjelaskan sebahagian bayaran atas khidmatnya sebelum ini.

Memetik laporan Harian Metro, pakar masak berusia 47 tahun itu berkata, bayaran hasil mengacara program memperkenalkan produk dalam jualan langsung itu tidak dibayar sejak hampir enam lalu. Beberapa kali dia cuba menghubungi penerbit itu namun gagal.

Tidak puas hati dengan penerbit itu, Chef Zam menghubungi syarikat yang mengupahnya dan meminta bayaran mengacara program dihasilkan. Bagaimanapun beliau hanya mendapat separuh sahaja bayaran daripada jumlah yang sepatutnya diterima.

“Saya tidak tahu mengapa dia bertindak begitu tapi rasanya mungkin disebabkan saya membatalkan khidmatnya untuk menerbitkan program yang terbitkan, Biscotti, 10 jam sebelum penggambaran dimulakan.

“Saya mengambil tindakan itu selepas mendapat penjelasan daripada syarikat yang menerbitkan program masakan dari Korea itu,” katanya.

Chef Zam berkata beliau tidak kisah jika penerbit yang dikenali itu berterus-terang kepadanya mengatakan sudah menggunakan baki wang yang sepatutnya dibayar kepadanya.

“Sebagai kawan, saya tidak kisah kalau dia menjelaskan apa yang berlaku. Cakaplah apa masalah dia, mungkin saya boleh halalkan wang itu.

“Bagaimanapun, caranya itu membuatkan saya geram. Dunia hiburan ini kecil dan baru-baru ini saya terserempak dengannya. Kasihan juga melihatnya seperti cuba melarikan diri apabila nampak kelibat saya. Sudahnya dia yang tidak selesa.

“Hendak kata dia kini kaya dengan hasil penipuan tidak juga kerana hidupnya tidak aman,” katanya.

The post Chef Zam Kesal Ditipu Penerbit Program Jualan Langsung TV appeared first on Berita Viral.



✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2zVbawT

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.