Hi! Welcome Back and Stay Tune! Benarkah Wanita Ini Ditiduri Lelaki Zaman Purba? - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Benarkah Wanita Ini Ditiduri Lelaki Zaman Purba?

Bayangkan jika anda ‘dikacau’ sewaktu sedang tidur dan merasakan ia seperti benar-benar berlaku walaupun anda menganggap seperti berada dalam mimpi.

Seorang wanita berasakan dia ‘ditiduri’ oleh seorang lelaki purba dalam tidur semasa kunjungannya ke Aberystwyth, Wales, United Kingdom selepas berpisah dengan teman lelakinya tiga tahun lepas.

BACA: Rogol Anak 623 Kali, Bapa Dipenjara 48 Tahun

Berpakaian lengkap baju putih longgar dan memakai seluar gaya lama serta memiliki wajah kacak, itulah gambaran yang diberikan oleh wanita tersebut yang dikenali sebagai Sian Jameson, 26 tahun.

Menurutnya, perkara itu berlaku semasa dia tinggal bersendirian di sebuah kampung terpencil di Aberystwyth.

Sian datang ke sana dari London kerana mahu melupakan bekas kekasihnya dan mahu memulakan hidup baru.

Di dalam kotej kediamannya, dia melihat buku dan juga lukisan lama yang diletakkan di ruang tamu. Lukisan tersebut menggambarkan seorang lelaki muda yang kacak dan bertarikh 1820.

“Beberapa bulan kemudian selepas berpindah, saya bangun pagi dan terlihat seorang lelaki kacak baring di sisi saya,” jelasnya yang selepas itu mula mengalami mimpi erotik.

Malah, Sian juga pernah berasakan pinggangnya seperti dirangkul dari belakang ketika baring menghadap dinding walaupun ketika itu dia masih lagi dalam keadaan sedar.

“Kami mula menjalin hubungan asmara. Dia beritahu namanya adalah Robert dan pernah wujud di muka bumi 100 tahun lalu,” katanya.

Walau bagaimanapun, kini Sian telah berjumpa kekasih baru dan pernah memberitahu kekasihnya mengenai Robert, tetapi kekasihnya menganggap ia hanyalah mimpi.

Mungkin Sian masih berasa kecewa dengan perpisahan kekasih lamanya hingga terbawa-bawa ke dalam mimpi atau mungkin apa yang dialaminya betul kerana lokasi perkampungan kecil didiaminya agak terpencil.

ARTIKEL BERKAITAN:
Kisah Cemas Pelajar Perempuan Di KFC
Ibu Kandung Lacurkan Anak Perempuan Demi Bayar Hutang

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

“Bro Pian Yang Awesome” | Mail Time #3



✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2nAWIs1

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.