Hi! Welcome Back and Stay Tune! Kastam rampas 1,122 kotak mercun dan bunga api - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Kastam rampas 1,122 kotak mercun dan bunga api


SEBANYAK 1,122 kotak mercun dan bunga api pelbagai jenis bernilai lebih RM800,000 yang cuba diseludup ke negara ini dirampas Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Kedah selepas menahan seorang lelaki di Bukit Kayu Hitam, Selasa lalu.

Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Penguatkuasaan dan Pematuhan) Datuk Zulkifli Yahya berkata, pada kejadian 4 petang, anggota JKDM yang bertugas di laluan kenderaan berat, Kompleks Imigresen, Kastam dan Kuarantin (ICQS) Bukit Kayu Hitam menahan sebuah lori kontena bernombor pendaftaran negara ini.

“Sejurus lori itu memasuki Kompleks ICQS, kami memantau pergerakannya dan melalui rakaman kamera litar tertutup (CCTV), kami dapati pemandunya berada dalam keadaan mencurigakan.

“Pemeriksaan melalui proses imbasan mendapati lori terbabit membawa barangan meragukan.

“Pemeriksaan pada sistem maklumat JKDM mendapati barangan itu masih belum diikrar atau diisytiharkan kepada pihak kami," katanya hari ini.

Beliau berkata demikian pada sidang media di Stor Penguatkuasaan JKDM Bukit Kayu Hitam.

Turut hadir Pengarah Kastam Kedah Datuk Johari Alifiah.

Tambahnya, pemeriksaan kemudiannya menemui beberapa kotak berisi air mineral yang diletak di bahagian paling depan kontena berkenaan.

“Apabila kotak itu dipunggah, kami menemui mercun dan bunga api yang diletak pada barisan kedua hingga ke ruang paling belakang kontena.

“Mercun dan bunga api pelbagai jenis itu seberat 20.7 tan selain dipercayai cuba diseludup ke negara ini dari Thailand.

“Pemandu lelaki berusia 48 tahun yang juga warga tempatan direman 14 hari bagi membantu siasatan,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 135 (1) (e) Akta Kastam 1967, sabit kesalahan boleh didenda tidak kurang 10 kali ganda dan tidak lebih 20 kali ganda nilai barangan atau dipenjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya sekali.-hmetro


✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2jo7zkJ

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.