Dari Novel Jenayah Thriller Terhebat, MANDATORI Bakal Menemui Penonton 14 Disember Ini
Foto: jomlayanmovie
Selepas kejayaan filem Tombiruo yang berjaya mengutip kutipan pecah panggung melebihi RM8 juta baru-baru ini, sebuah lagi adaptasi karya agung milik novelis thriller nombor satu Malaysia, Ramlee Awang Murshid bakal diangkat ke kaca TV dan akan menemui penonton menerusi saluran Astro First Eksklusif (saluran 480) dan platform digital 'on demand' bertajuk, 'Mandatori'
Astro dengan kerjasama Ideate Media telah menghasilkan buah tangan terbaharu, 'Mandatori', sebuah mini siri bergenre jenayah thriller. 'Mandatori' hadir dalam enam episod (berdurasi satu jam setiap satu) dan dilakonkan oleh pelakon hebat tanahair seperti Aeril Zafril, Siti Saleha, Alvin Wong, Iedil Putra, Dato' A. Tamimi Siregar. Vanidah Imran, Susan Lankaster, Amerul Affendi, Chew Kin Wah dan ramai lagi.
'Mandatori' diarahkan oleh sutradara hebat, Razaisyam Rashid yang cukup terkenal dengan filem ‘CEO’ dan pernah dinobatkan sebagai Pengarah Terbaik Drama di Anugerah Skrin 2016.
Menurut Ketua Saluran Astro First Eksklusif & Astro Best, Sharmin Parameswaran, "persaingan dalam industri penyiaran dan kandungan tempatan mahupun luar negara dilihat semakin kompetitif, terutamanya apabila audiens kini memiliki lebih pilihan dari aspek tontonan, sama ada di platform linear mahupun digital. Kami merasakan struktur produksi on and off the screen ‘Mandatori’ adalah sehebat penerbitan Hollywood."
‘Mandatori’ menjanjikan sebuah pengalaman terhebat untuk penonton oleh kerana jalan penceritaannya yang digarap kemas, disokong kuat dengan babak-babak yang mendebarkan dengan aksi-aksi suspen lagi ganas, dan yang paling utama, setiap adegan berjaya diterjemahkan dengan begitu baik sekali oleh kesemua pengemudi watak. Naskhah ini turut diasak dengan pelbagai babak aksi yang mendebarkan, pergelutan, drama, khianat dan dendam kesumat yang pasti membuatkan anda tak tenang apabila menontonya.
'Mandatori' boleh dilanggan dengan harga RM19.90 bagi keenam-enam episod dalam tempoh lima hari bermula 14 Disember ini.
Barisan pelakon Mandatori:
Aeril Zafrel - Inspektor Norman Abdullah
Alvin Wong - Detektif Chief Inspektor Kelvin Chan
Siti Saleha - Juliana Zahara Johari
Iedil Putra - Johan Bahar Johari
Dato’ A. Tamimi Siregar -Tuan Johari Saidin
Chew Kin Wah - Kapten David Chong
Jo Kukathas - Doktor Devi Subash
Meor Hashim Manap - Tuan Haji Salleh bin Deraman
Vanidah Imran - Doktor Asmah
Susan Lankaster - Madam Agnes Lim
Amerul Affendi - ‘The Handler’
Sipnopsis Mandatori:
Mandatori’ mengisahkan tentang seorang ‘profiler’ jenayah, Inspektor Norman (lakonan Aeril Zafrel) yang menyiasat kes pembunuhan bersiri yang dilihat berkait rapat di antara satu sama lain. Ia membuka kembali kes-kes jenayah yang berlaku beberapa tahun lalu dan lebih merumitkan apabila setiap siasatan yang dijalankan Norman akan membawa beliau kepada sebuah lagi kes pembunuhan baru. Norman semakin keliru kerana seorang demi seorang yang beliau kenal mati dibunuh dengan kejam dan pembunuh itu akan meninggalkan petunjuk yang sama iaitu patung mainan ‘Inspektor Carlos’ dan kertas tulisan ‘Case Closed’ yang mana ada ketikanya dijumpai dalam bahagian badan si mati.
Dalam kesibukan Norman menjalankan penyiasatan dengan rakan setugas beliau, Detektif Chief Inspektor Kelvin Chan (lakonan Alvin Wong), beliau berkenalan dengan Juliana Johari (lakonan Siti Saleha) yang merupakan anak kepada salah seorang ahli perniagaan berjaya dan pemilik Johari Corp, Tuan Johari (lakonan Dato’ A. Tamimi Siregar) dan keluarga ini merupakan suspek utama kepada beberapa kes jenayah yang berlaku. Juliana yang pada mulanya tidak begitu menyukai kehadiran Norman mula berubah apabila risau akan tindak-tanduk adiknya, Johan Johari (lakonan Iedil Putra) yang dilihat semakin mencurigakan terutamanya apabila melibatkan kehilangan wang syarikat yang sangat ketara.
Juliana mula menyiasat dan beliau memerlukan bantuan Norman untuk menyelesaikan masalahnya. Keakraban yang tercetus ini membuatkan mereka jatuh cinta. Namun pelbagai dugaan dan ancaman yang hadir dari setiap penjuru menyukarkan lagi keadaan. Apakah yang akan terjadi seterusnya? Adakah Juliana akan menjadi mangsa yang seterusnya? Dan, siapakah yang sebenarnya dalang di sebalik kes-kes pembunuhan bersiri yang berlaku?
Sumber Dari Novel Jenayah Thriller Terhebat, MANDATORI Bakal Menemui Penonton 14 Disember Ini
✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2iZdAHD
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment