Hi! Welcome Back and Stay Tune! FATHIA JAWAB DIRA: SAYA TIDAK TAKUT, TIDAK MEMIHAK - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

FATHIA JAWAB DIRA: SAYA TIDAK TAKUT, TIDAK MEMIHAK

KUALA LUMPUR – Pelakon Fathia Latiff mempertahan kritikannya berhubung isu harga minyak dan banjir walau ditegur exco Puteri Umno.

Mencoret di Twitter, pelakon drama Ariana Rose itu berpegang teguh pada sikapnya “tanpa rasa takut atau memilih”.

Fathia mengulas exco Puteri Umno Dira Abu Zahar, juga pelakon dan penerbit, menegurnya agar menggunakan saluran dan bukannya melalui media sosial.

“Dira ada hak untuk menyuarakan apa yang dia mahu dan begitu juga saya,” tulis Fathia, nama glamor Nur Fathia Abdul Latiff, di media sosial itu semalam.

“Satu perkara yang pasti, saya tetap mempertahankan apa sahaja yang saya suarakan tanpa rasa takut atau memihak sesiapa.”

Dira, atau Khaidhirah Abu Zahar, menegur penggiat seni yang bersuara melalui media sosial kerana bimbang mesej mereka ditafsir sebagai propembangkang.

“Sebab itu kena berhati-hati lebih-lebih lagi media sosial orang mudah ‘spin’,” katanya, anak bekas seorang ketua menteri Melaka.

“Kadang-kadang kita tidak berniat pun hendak sokong sebelah sana [pembangkang] tetapi orang sudah berfikir begitu.

“Ada banyak lagi benda baik kerajaan buat, kenapa tidak kongsi?”

Selain Fathia, penyanyi lama Sheila Majid juga membangkitkan kos sara hidup.

– Malay Mail

.



✍ Sumber Pautan : ☕ Malaysia Chronicle

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2BRPfrU

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.