Kisah Antara Guru dan Pelajar Ini Boleh Buat Anda Tersenyum Sebak
Can you smile for me? (Gambar: Amymistika)
Saban tahun juga kita didedahkan dengan kisah-kisah mereka terutama di media sosial. Contohnya, pada bulan lalu tular satu video mengenai pelajar pekak dan bisu sedang memohon restu dari gurunya.
Bagaimanapun, semalam tular pula kisah seorang guru yang berkongsi pengalamannya berdepan dengan seorang murid yang berperangai pelik. Kisah yang dikongsikan menerusi Twitter guru praktikal ini pastinya akan membuat perasaan anda bercampur baur.
HANYA TENUNG MEJA SEPANJANG KELAS
Then bila aku mula nak tanya nama sorang2. Sampai turn dia, dia senyap. Duduk, pandang meja. Tak bergerak langsung. Tanya balik kali, tk jwp
— Orked 🌸 (@amymistika) December 5, 2017
Kisahnya bermula apabila seorang guru praktikal ini mendapat mandat untuk mengajar kelas yang digelar sebagai 4Einstein.
Ketika dia mengajar kelas yang dikatakan agak bising itu, terdapat seorang pelajar yang menarik perhatiannya iaitu Yip Kah Shzen.
Perilaku pelajar ini boleh dikatakan agak pelik kerana sering senyap, duduk, pandang meja dan tidak bergerak.
Pelbagai cara untuk mengubah sifat pemalu Kah Szen antaranya mengubah kedudukan meja dan cuba berinteraksi menggunakan bahasa Mandarin.
Usaha terbabit menampakkan hasil, namun Kah Szen masih kekal senyap.
“Dia memang tidak bercakap, dia tenung meja saja,” kata murid lain.
MULA BERINTERAKSI GUNA GOOGLE TRANSLATE
Plot 'twist' kisah guru ini bermula apabila dia mendapati buku yang diberikan kepada Kah Szen sebelum ini dipenuhi dengan catatan pembelajaran sehariannya.
Guru itu terkejut apabila mendapati buku yang diberikan kepada pelajar terbabit rupanya ditulis hampir setiap patah perkataan yang berada di papan putih.
Memang benar, pelajar tersebut menyalin setiap ayat ditulis di hadapan. Setiap ayat!
“Selama ini bukan dia enggan buat, rupanya dia tiada bahan. Hampir 80 peratus yang ditanya dia boleh jawab. Dia hanya perlu lebih perhatian,”
Selepas selesa dengan apa yang dilakukan guru ini, pelajar terbabit dilihat cuba berubah dan mula berinterkasi menerusi WhatsApp.
Paling menarik pelajar terbabit berkomunikasi dengan menggunakan Google Translate kerana tidak fasih berbahasa Malaysia.
HADIAH TERAKHIR
And masa seisi bergambar, aku minta dia senyum sbb aku cakap “ni last day saya, please give me a smile“. And he was trying. 😉 http://pic.twitter.com/ns3vExmIhq
— Orked 🌸 (@amymistika) December 5, 2017
Pada minggu terakhir guru ini mengajar di kelas itu, dia menerima satu hadiah paling bermakna daripada pelajar tersebut.
Pada majlis perpisahan atau ‘farewell’ kelas, pelajar itu menghadiahkan satu senyuman buat guru ini.
Itu kali pertama dia kelihatan tersenyum selepas hanya berdiam dan tenung meja sepanjang masa. Siapa sangka pelajar yang dulu dikatakan pelik kerana hanya merenung meja kini boleh tersenyum dan bergaul bersama rakan-rakan lain.
Menurut guru terbabit, Kah Szen mengajarnya erti kesabaran dalam mendidik. Selain itu pelajar ini juga membuktikan setiap insan mempunyai kelebihan kekurangan.
Then dia bg senyuman paling manisss ! Walaupun dia tak cakap senyum tu utk aku. Tp aku rasa dh reward diri sendiri sbb tak prnh putus asa. 🙂 http://pic.twitter.com/A1FNyRcnf7
— Orked 🌸 (@amymistika) December 5, 2017
Sumber Kisah Antara Guru dan Pelajar Ini Boleh Buat Anda Tersenyum Sebak
✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2AAnPIL
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment