Hi! Welcome Back and Stay Tune! Abam, Tauke kahwin selang sehari - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Abam, Tauke kahwin selang sehari



KUALA LUMPUR: Dua pelawak terkenal, Abam (Bocey) dan Tauke (Jambu), bakal menamatkan zaman solo bersama pilihan hati mereka, masing-masing pada 8 serta 9 Disember ini.

Menerusi undangan yang dikirimkan kepada BH Online, Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Ridzuan, 29, akan dinikahkan dengan Siti Norhidayah Mohd Ali, 26, esok, di Sabak Bernam, Selangor, kira-kira selepas solat Asar.

Majlis bersanding di sebelah keluarga pengantin perempuan pula akan diadakan pada 9 Disember, juga di Sabak Bernam.

Di pihak lelaki, majlis menyambut menantu akan diadakan pada 20 Januari depan di Gombak.

Pasangan berkenaan dikatakan berkenalan sejak 2009, namun hubungan mereka pernah putus seketika. Majlis pertunangan juga difahamkan akan berlangsung pada hari pernikahan mereka.



Tauke atau nama penuhnya Zamatul Amri Zakaria, 41, pula akan disatukan dengan Nadia Mohd Affandi di Bukit Jelutong, Shah Alam, pada 10 pagi. Majlis resepsi pasangan ini dilangsungkan di tempat sama pada sebelah malam.

Artis serba boleh yang dicungkil bakatnya menerusi program Raja Lawak itu bertunang dengan Nadia, 28, pada Disember 2015.

Tauke pernah mendirikan rumah tangga sebanyak tiga kali sebelum ini dan dikurniakan enam cahaya mata hasil daripada dua perkahwinan pertamanya.-BHOnline


✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2BcWays

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.