Hi! Welcome Back and Stay Tune! Polis Siasat Dakwaan Sindiket Seludup Buruh Haram - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Polis Siasat Dakwaan Sindiket Seludup Buruh Haram



KUALA LUMPUR – Polis sedang menyiasat dakwaan terdapat empat sindiket besar yang menguruskan penyeludupan buruh haram warga Bangladesh di negara ini melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) setiap hari.

Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata pihaknya sedang menyiasat mengenai sindiket itu yang dikatakan beroperasi di Dhaka, Bangladesh dan ibu negara.

“Ya, masih dalam siasatan pihak kita,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Sebuah akhbar tempatan melaporkan sindiket itu dikatakan mampu mendapat laba RM5.2 juta setahun dengan mengenakan bayaran antara RM15,000 ke RM20,000 seorang termasuk wang ‘pelincir’ kepada beberapa pihak berkuasa terutama anggota dan pegawai Jabatan Imigresen serta pihak Kedutaan Malaysia di Dhaka.

Menurut laporan itu, difahamkan terdapat sekurang-kurangnya 38 penerbangan beroperasi dari Dhaka ke KLIA setiap hari. – BERNAMA



✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2BHavj8

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.