Hi! Welcome Back and Stay Tune! Najib balas balik pantun Anwar - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Najib balas balik pantun Anwar

Datuk Seri Najib Razak menggunakan pentas Perhimpunan Agung UMNO 2017 hari ini untuk menjawab pantun Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini.

Presiden UMNO itu, ketika menyampaikan ucapan dasarnya, membalas pantun berbaur sindiran yang dimuat naik Anwar menerusi akaun Twitternya pada 17 November lalu

“Saya berziarah ke hospital melawat beliau yang sedang sakit, atas sifat kenalan lama. Saya hanya melawat, sebab itu saya bawa isteri bersama. Tapi, keikhlasan kami itu, tampaknya diperli, dipantun pulak.

“Ini jawapannya saudara Anwar…dengar ya.

Burung Merpati Terbang Sekawan,

Hinggap Seekor Di Atas Dahan,

Kita Sahut ‘Lawan Tetap Lawan’,

Di Pilihanraya Bertarunglah Seperti Anak Jantan,” katanya.

Sebelum ini, selepas Najib bersama isteri, Datin Rosmah Mansor, melawatnya di Hospital Kuala Lumpur, Anwar memuat naik pantun:

“Tuai Padi Antara Masak,

Esok Jangan Layu Layuan,

Ziarah Kami Antara Nampak

Esok Pilihanraya Lawan Tetap Lawan.”

 

Sumber: BH Online



Sumber Najib balas balik pantun Anwar

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2BHI6cE

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.