Hi! Welcome Back and Stay Tune! UMNO ERA NAJIB SEMAKIN KUKU BESI, ARTIS PUN ADA HAK BERBEZA PENDAPAT - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

UMNO ERA NAJIB SEMAKIN KUKU BESI, ARTIS PUN ADA HAK BERBEZA PENDAPAT

Di ketika ramai yang mengatakan UMNO dan kerajaan sekarang semakin terbuka serta sedia mendengar suara siapa saja, berbeza dengan era kepimpinan Tun Mahathir Mohamad yang didakwa tertutup dan bersifat kuku besi, rentetan yang berlaku di ambang Najib Razak menuju kekalahan ini semakin menyerlahkan hakikat yang berbeza.
Bukan saja menegur, mengkritik dan bertanya soalan mengenai 1MDB dianggap suatu dosa besar dan kesalahan berat sehingga ramai yang dipecat, dibuang kerja serta dipenjara yang nama-nama mereka tidak perlu diperkatakan lagi, malah memberi pendapat yang berbeza dan berpaksikan kebenaran juga dilarang sama-sekali.
Sebelum ini, bekas Menteri Kewangan Kedua, Nor Mohamed Yakcop telah diminta berhenti sebagai Timbalan Pengerusi Khazanah Nasional Berhad, cabang pelaburan utama kerajaan, hanya kerana beliau bercakap benar dan meletakkan beban kesalahan kepada dirinya sendiri dalam keterangan kepada RCI forex yang seluruh dunia tahu kewujudan siasatan itu hanyalah untuk memburukkan nama Tun Mahathir.
Kesediaan beliau mengakui kesalahan itu dianggap suatu dosa besar dan bertentangan dengan kehendak pemerintah yang saban hari mengaku bersikap terbuka, lalu akhirnya diminta mengundurkan diri daripada jawatan yang dipegangnya.
Terbaru, artis ternama Sheila Majid juga menerima nasib yang sama. Hanya kerana pandangannya yang berbeza dengan pemerintah, pelbagai kecaman telah ditujukan kepadanya.
Tindakan beliau bersuara yang berbeza dengan kerajaan dianggap suatu kesalahan besar sehingga pemimpin-pemimpin UMNO dan kerajaan, termasuk “pengangkat beg” Rosmah Mansor turut menghentam beliau.
Golongan artis, sama seperti rakyat biasa yang lain yang turut membayar cukai GST dan menerima pelbagai kesan lain akibat kegagalan kerajaan memberi keselesaan, sebenarnya turut berhak bersuara dan menyatakan pendapat mereka.
Apakah golongan artis hanya wajib akur dan wala’ kepada kerajaan sepanjang masa, manakala suara mereka yang berbeza akan dianggap suatu dosa besar kepada negara?
Lagi pula, jika dilihat apa yang diluahkan oleh Sheila, tiada apa yang salahnya daripada apa yang disuarakannya itu. Beliau hanya meluahkan tentang harga makanan yang mahal, nilai ringgit lemah, kos sara hidup tinggi, ketiadaan peluang pekerjaan serta mahu kerajaan mengembalikan negara ke landasan yang sebenar?
Selebihnya beliau menyuarakan tentang suara rakyat yang mengeluh letih serta marah kerana diperah untuk menanggung hutang yang tidak mereka lakukan.
Di mana salahnya apa yang ditulis oleh Sheila dalam laman makro Twitternya itu?
Bukankah apa yang ditulisnya itu adalah pandangan biasa rakyat Malaysia yang boleh didengar di mana-mana sekarang ini?
Kenapa Annuar Musa perlu membidas tulisan Shelia itu dengan mengatakan hal-hal yang dibangkitkan itu adalah berkaitan ekonomi dan bukan bidang penyanyi itu?
Apakah artis semestinya hanya menyanyi, berlakon dan selebihnya berdiam diri saja?
Apakah hanya yang berkelulusan ekonomi saja boleh membangkitkan soal derita rakyat serta perekonomian negara  dan mereka yang bukan daripada bidang tersebut tidak boleh bercakap langsung mengenainya?
“Pengangkat beg” Rosmah yang diketahui umum lebih banyak membebel mengenai politik berbanding menjaga beg-beg tuannya pula membangkitkan soal tekanan hidup yang dialami rakyat dengan harga tiket konsert Sheila sendiri yang berharga RM888 tetapi habis dijual.
Selain itu, “pengangkat beg”  tersebut juga menyifatkan Shela telah menjadi alat propaganda pembangkang berikutan kritikannya itu.
Kenapa suara artis yang berbeza dengan mudah dianggap sebagai alat propaganda pembangkang?
Mengapa tidak boleh suara mereka didengar, diambil peduli dan seterusnya diambil tindakan-tindakan tertentu untuk mengatasinya?
Jika begitu, di mana hak golongan artis sebagai rakyat untuk bebas bersuara sebagaimana yang dijamin oleh Perlembagaan?
Membandingkan kritikan Sheila dengan harga tiket konsertnya yang habis dijual juga adalah perbandingan yang tidak kena sama sekali. Sheila bercakap tentang rintihan dan keluhan rakyat yang menderita dan tidak bermakna seluruh rakyat tiada kemampuan sama sekali untuk berhibur, bercuti dan membeli tiket konsert.
Lagi pula, kelompok yang membeli tiket untuk konsertnya hanya sejumlah kecil rakyat Malaysia saja, mungkin antara 5,000 hingga 10,000 jumlahnya, sedangkan Sheila memperkatakan tentang keadaan rakyat terbanyak berdasarkan apa yang didengar dan diketahuinya.
Kenapa  UMNO dan kerajaan asyik membidas dan menghentam saja kenyataan Sheila itu?
Kenapa tidak dijawab dengan fakta dan huraian yang lebih bertamadun segala kritikan Sheila itu?

Kalau makan duit rakyat dipanggil kleptokrasi, tetapi bersuara apa pun sudah dilarang sama sekali, termasuk kepada artis untuk menyuarakan rasa hati,  apalagi kalau ianya bukan disebut kuku besi?

– shahbudindotcom.blogspot.my

.



✍ Sumber Pautan : ☕ Malaysia Chronicle

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2nzcnYZ

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.