Revolusi Industri 4.0 Mampu Wujudkan 1.5 Juta Peluang Kerja
SHAH ALAM – Gelombang Revolusi IIndustri Keempat (IR 4.0) mampu mewujudkan 1.5 juta peluang pekerjaan dengan 60 peratus daripadanya memerlukan khidmat tenaga kerja berkemahiran, kata Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Richard Riot.
Beliau berkata disebabkan itu,rakyat harus sedar bahawa keperluan seorang pekerja untuk mempunyai kemahiran dan meningkatkannya dalam jangka panjang adalah amat penting bagi merebut pelbagai tawaran pekerjaan yang telah dan akan tersedia menerusi IR 4.0.
Riot berkata setakat ini, sektor tenaga kerja mahir negara baharu mencapai tahap 31 peratus berbanding sasaran kerajaan untuk meraih sekurang-kurangnya 35 peratus pekerja berkemahiran menjelang tahun 2020.
“Sasaran berkenaan adalah sebagai landasan untuk menjadikan Malaysia sebuah negara maju. Disebabkan itu, kita amat menekankan cara membangunkan modal insan menerusi Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET),” katanya kepada pemberita, di sini, hari ini.
Katanya, beberapa sektor di negara ini dilihat masih ketinggalan kerana mengamalkan ‘cara lama’ berbanding di negara-negara ASEAN lain yang telah mula menerimapakai teknologi digital, robotik dan automasi seiring dengan IR4.0.
Terdahulu, Riot menyampaikan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap Tiga kepada 100 peserta terdiri daripada kakitangan Perusahaan Otomobil Nasional Sdn Bhd (Proton) dalam satu majlis graduasi di Pusat Kecemerlangan Proton, di sini.
Turut hadir pada majlis itu adalah Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Dr Li Chunrong.- BERNAMA
✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2zXIJOJ
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment