Selena Gomez Kecil Hati?
Baru-baru ini, Selena Gomez telah membuat kalangan 130 juta pengikutnya di Instagram tertanya-tanya ekoran satu posting yang dimuat naik menerusi Insta-Story pada Selasa lalu.
Belum pun terjawab apakah maksud sebenar status itu, pelantun lagu Bad Liar ini sekali lagi mengejutkan peminat apabila dia menukar akaunnya kepada mode ‘private’ sejak semalam.
Pada posting tersebut tertera ‘screenshot’ salah satu artikel terbaharu tentang dirinya yang diterbitkan Billboard.
“Saya tidak akan lagi membiarkan manusia lain meneka kata-kata saya lagi, atau mengundang mereka ke rumah saya,” tulis Selena.
“Itu sangat menyakitkan. Paling ‘mengarut’ adalah tidak ada orang yang tahu isi hati saya saat saya mengatakan sesuatu.”
Lantaran timbul spekulasi kononnya wanita yang kini kembali menjalin hubungan cinta dengan Justin Bieber ini seperti berkecil hati dengan artikel tersebut gara-gara mendedahkan bahwa ada patung beruang di ruang dapur rumahnya.
“Ada beruang teddy berukuran lima kaki di dapur Selena Gomez di rumahnya yang terletak di North Hollywood,” dedah Billboard seperti yang dilapor E! News
Difahamkan artikel tersebut diterbitkan pada 30 November lalu sebagai sebahagian daripada penghargaan Selena yang mendapat gelaran ‘Women of The Year’.
The post Selena Gomez Kecil Hati? appeared first on Berita Viral.
✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2k3PIip
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment