Hi! Welcome Back and Stay Tune! HIMPUNAN DEPAN ISTANA: ZAID IBRAHIM LAPOR POLIS - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

HIMPUNAN DEPAN ISTANA: ZAID IBRAHIM LAPOR POLIS

Datuk Zaid Ibrahim membuat laporan polis terhadap Pengerusi Umno Selangor Tan Sri Noh Omar kerana mahu berhimpun mendesak tindakan padanya di depan istana Selangor di Shah Alam.

Bekas menteri undang-undang berkata tindakan itu adalah kesalahan bawah Seksyen 503 kanun keseksaan, berkaitan intimidasi jenayah.

Noh semalam berkata Umno Selangor akan mengadakan “himpunan rakyat” untuk menyatakan sokongan penuh kepada Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Katanya, himpunan itu dirancang selepas Zaid, yang kini anggota DAP, mengguris perasaan rakyat Selangor dengan berkata “Sultan Selangor perlu berhati-hati dengan titah-titah beliau, tiada siapa yang kebal apabila negara terbakar”.

Zaid berkata demikian selepas Sultan Selangor bertitah bahawa Pengerusi Pakatan Harapan Tun Dr Mahathir Mohamad akan “membakar seluruh negara dengan api kemarahannya”.

Dalam laporan polis yang dilihat Malaysiakini itu, Zaid juga menjelaskan maksud tweet kontroversi beliau itu.

“Saya ingin jelaskan pada Umno, maksud tweet tersebut konsep raja berperlembagaan beerti raja tidak boleh memihak dalam hal politik dan pentadbiran dengan mana-mana parti atau individu ini, lebih-lebih lagi dalam tahun pilihan raya,” katanya.

Sultan Sharafuddin dalam temubual eksklusif dengan Utusan Malaysia bertitah Zaid sebagai biadab dan menggesanya pulang ke negeri asal di Kelantan jika tidak bersetuju dengan baginda.

Zaid, bekas peguam, menetap di Petaling Jaya dan bertanding di Hulu Selangor.

– M’kini

.



✍ Sumber Pautan : ☕ Malaysia Chronicle

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2nCfHm8

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.