Perang persepsi penentu kejayaan PRU-14
KUALA LUMPUR: Kejayaan menguasai peperangan persepsi bakal menjadi penentu kemenangan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).
Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi, berkata itu antara pesanan Presiden parti, Datuk Seri Najib Razak yang mengingatkan ahli parti supaya bersedia berhadapan pembohongan pembangkang.
"Pada PRU-13, antara kelemahan kita adalah (menangani) persepsi (pembohongan dicetuskan pembangkang). Jadi ini antara aspek persediaan yang dimahukan Presiden.
"Saya yakin persediaan menghadapi persepsi ini amat penting, disamping kesiap siagaan jentera parti.
"Secara keseluruhannya, ucapan Presiden sebenarnya mahu perwakilan dan semua ahli berperang habis-habisan untuk menang besar dalam PRU-14," katanya ketika ditemui selepas ucapan dasar Presiden UMNO sempena Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2017 di sini, hari ini.
Mohd Puad berkata, UMNO dan Barisan Nasional (BN) juga perlu menangani bahaya dicetuskan sikap 'Mahathirisme'.
"Perjuangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) hakikatnya adalah perjuangan Mahathirisme," katanya.-BHOnline
✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2zWyUk4
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment