Atasi Masalah Rambut Gugur Dengan Menggunakan Bawang Merah Dengan Madu
Bagi orang yang berambut normal, rambut mereka akan gugur dalam 50 sehingga 100 helai sehari. Namun, jika sering kali bangun tidur anda melihat bantal dipenuhi dengan rambut serta segenggam rambut melekat di sikat setiap kali menyikat rambut, tentu sudah tiba masanya untuk anda mencari cara untuk mengatasi masalah keguguran rambut anda ini.
Kebanyakkan, masalah rambut gugur banyak berlaku di kalangan wanita termasuk wanita selepas bersalin dan ianya bukan lagi suatu perkara ganjil. Di kalangan orang melayu, makcik atau orang tua terdahulu selalu berkata, ibu yang selepas bersalin, apabila anak mereka mula pandai membuat ‘buih’ dimulut, rambut si ibu juga mungkin akan banyak gugur. Itu adalah sebahagian daripada kepercayaan orang melayu.
Amatlah menakutkan jika rambut terus gugur setiap hari sama ada gugur lantai bilik, dapur, toilet, living room ,semua penuh dengan rambut. Rambut yang pada mulanya ikal mayang, akhir nya semakin menipis. Apabila rambut semakin menipis ,rambut kita akan nampak sangat jarang dan kelihatan tidak bermaya.
Disini ada petua yang anda boleh guna malah boleh disediakan dari rumah sahaja untuk membantu menyelesaikan masalah keguguran rambut hanya dengan BAWANG!. Tahukah anda tentang itu? Selalunya bawang digunakan untuk masak setiap hari, tidak anda jangka bahawa bawang juga boleh diguna untuk merawat rambut gugur bukan?
Bawang mengandungi sulfur dimana ia bertindak untuk memperbaiki peredaran darah , merangsang folikel rambut dan membantu pertumbuhan rambut. Kajian mengatakan bahawa bawang sangat berguna dalam merawat masalah rambut gugur. Bagi masalah kelemumur, jangkitan kulit kepala, uban dan sebagainya bawang merupakan pengubat yang paling sesuai dan berkesan digunakan.
Bagi prosedur dalam penggunaan bawang sebagai ubat kepada masalah ini, anda perlu menggunakan jus bawang 2 kali sehari selama 2 bulan dan cara ini akan menggalakkan pertumbuhan semula rambut. Cara ini tidaklah berkesan dengan cepat, tetapi boleh membantu anda mengurangkan kos perubatan terhadap rambut gugur. Bukan itu sahaja, malah menjadi cara alternatif untuk penyelesaian rambut gugur.
Mari kita lihat cara-cara penggunaan bawang dalam proses membaik pulih rambut gugur,
Bahan-bahan yang diperlukan :
1. Bawang merah
2. Madu
3. Minyak pati pilihan sendiri, sebagai contoh minyak lavender
Cara-cara:
1. Kupas dan cincang bawang merah
2. Ambil penapis dan tekan bawang yang dicincang hingga mengeluarkan jus
3. Masukkan 1 hingga 2 sudu teh madu dalam jus bawang.
4. Akhir sekali, titiskan beberapa titik minyak pati ( minyak lavender)
Sapukan ramuan bahan tersebut dikepala anda dengan rata. Sebaik-baiknya mengenai kulit kepala supaya pati itu mampu bertindak dengan baik.
Cara ini sekaligus akan membuatkan rambut korang tumbuh dengan baik. Madu pula akan membuatkan rambut korang jadi licin dan berkilat.
Sumber: Petuaibu.com
The post Atasi Masalah Rambut Gugur Dengan Menggunakan Bawang Merah Dengan Madu appeared first on Aliff Channel.
✍ Sumber Pautan : ☕ Tahukah Anda Rakyat Malaysia?
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2zVH3Fy
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment