(5 FOTO) ‘47 Tahun Hidup Dengan Tumor.’Doktor Ambil Masa 10 Jam Lakukan Pembedahan Buang Tumor Seberat 15kg Milik Lelaki Warga Emas Ini..
PANZHOU: Sekumpulan pakar bedah di China mengambil masa hampir 10 jam membuang tumor seberat 14.9 kilogram daripada leher seorang warga emas.
Zhao Xingfu, 64 tahun, berkata tumor tersebut yang dikenali sebagai lipoma, mula tumbuh 47 tahun lalu dan pada awalnya ia hanya sebesar sebiji telur ayam.
Kesempitan hidup menghalang Xingfu daripada merawat tumor berkenaan dan ia dibiarkan terus membesar di bahagian belakang lehernya.
Walaupun tidak mengalami kesakitan namun saiznya yang besar dan berat menyukarkan pergerakan Xingfu.
Berikutan hal tersebut, anak lelakinya Zhao Jianjiang meminta bantuan ahli keluarga dan membawa ayahnya mendapatkan rawatan di Hospital Tumor Guizhou.
Seminggu selepas pembedahan, keadaan Xingfu dilaporkan semakin baik dan dijangka pulih sepenuhnya.
✍ Sumber Pautan : ☕ PenmerahPress
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2LSBEWh
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment