Hi! Welcome Back and Stay Tune! 'Nama Blu Tak Cukup Perempuan'. Mahkamah Perintahkan Tukar Nama Baru Anak Yang Lebih Sesuai Seperti 'Perempuan'.. - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

'Nama Blu Tak Cukup Perempuan'. Mahkamah Perintahkan Tukar Nama Baru Anak Yang Lebih Sesuai Seperti 'Perempuan'..



PASANGAN di Milan, Itali, yang telah memilih nama untuk anak perempuan mereka baru-baru ini diperintahkan oleh mahkamah untuk menukar nama pilihan mereka.

Mahkamah mengarahkan nama baharu yang kedengaran lebih 'perempuan' diberikan kepada bayi perempuan mereka berbanding 'Blu', nama pilihan pasangan tersebut atau berdepan risiko nama lain diberikan oleh mahkamah kepada anak mereka.

Menurut perintah presiden yang dikeluarkan pada tahun 2000, 'nama yang diberikan kepada anak mesti bersesuaian dengan jantina mereka' dan pihak berkuasa Itali nampaknya tidak menganggap Blu nama yang sesuai untuk seorang budak perempuan.


Walaupun nama bayi berusia 18 bulan itu telah didaftarkan pada sijil kelahiran dan pasportnya, ibu bapanya dipanggil untuk hadir di mahkamah minggu lepas untuk memilih nama lain yang lebih feminin.

Image result for Vittoria and Luca have been told to change the name of their daughter Blu or have

"Memandangkan ini adalah nama moden dari perkataan Inggeris 'blue', dan ia tidak boleh dipertimbangkan secara tegas untuk seseorang dengan jantina perempuan, sijil kelahiran mesti diperbetulkan dengan memasukkan nama perempuan lain yang boleh dicadangkan oleh ibu bapa semasa pendengaran," arahan mahkamah dibaca.

"Sekiranya kami tidak muncul pada hari Khamis dengan satu nama alternatif, seorang hakim akan memutuskan nama lain untuk anak perempuan kami," kata bapa bayi, Luca kepada akhbar Itali Il Giorno, minggu lalu.

Bagaimanapun ibu bapa Blu mahu mencabar arahan pertukaran nama di mahkamah, dengan alasan nama Blu telah digunakan secara meluas di Itali dan luar negara untuk bayi perempuan, sebagai contoh nama Blue Ivy, anak perempuan Jay Z dan Beyonce.


Statistik dari pejabat statistik negara menunjukkan pada tahun 2016 terdapat sekurang-kurangnya enam wanita Itali bernama Blu.

Il Giorno melaporkan di Milan sahaja bahawa terdapat sekurang-kurangnya dua wanita bernama Verde (hijau).

Akhbar Itali, La Republica berjaya menghubungi Blu Lapore, 41, dari Rom, yang menyatakan bahawa ibunya berjaya meyakinkan pendaftar untuk menerima namanya dengan alasan nama boleh berubah mengikut peredaran masa.


Dia memberikan contoh 'Celeste', yang pada asalnya merupakan nama budak lelaki di Itali tetapi kini hampir digunakan secara eksklusif untuk kaum perempuan.

Ibu bapa Blu bukan satu-satunya pasangan yang dipanggil oleh mahkamah minggu lepas.

Pasangan lain yang menamakan anak perempuan mereka Blu juga muncul di hadapan hakim dan menawarkan nama yang boleh diterima.





✍ Sumber Pautan : ☕ PenmerahPress

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2JcmN77

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.