Hi! Welcome Back and Stay Tune! Kerangka Evo GoCam Hadir Dengan Kamera Yang Boleh Ditanggalkan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Kerangka Evo GoCam Hadir Dengan Kamera Yang Boleh Ditanggalkan

Zaman membawa kayu swafoto sudah agak lama berakhir. Jarang sekali melihat ia digunakan oleh orang awam kecuali dari golongan pelancong tanah besar China. Harus diakui kayu swafoto sebenarnya banyak membantu mengambil gambar tetapi leceh untuk dibawa dengan mudah. Oleh itu kerangka Evo GoCam dihasilkan bagi keperluan mengambil gambar apabila berseorangan.

Kerangka ini mempunyai sebuah kamera terbina pada bahagian belakang sebesar 5-Megapixel. Ia boleh ditanggalkan dan menjadi kamera tambahan yang dikawal dari peranti. Tambatan dilakukan secara WiFi dan gambar boleh diambil sehingga jarak maksimum 46 meter. Terdapat pelekat pada bahagian belakang yang membolehkannya ditampal pada dinding atau mana-mana permukaan rata. Selain mengambil gambar ia juga boleh merakam video pada resolusi 1080P.

Kerangka Evo GoCam sedang mengumpul dana menerusi laman biayasama dan boleh ditempah pada harga bermula dari $89 (~RM 354) sebuah. Telefon yang disokong ialah iPhone 5 hingga iPhone X, Galaxy S8, S8+, S9, S9+, Note 8, Pixel 2, Pixel 2 XL, P20, P20 Pro, Mate 10 Pro dan Moto G5 Plus.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2J8PaTT

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.