Hi! Welcome Back and Stay Tune! ‘Ketulan Hitam Bawah Kelopak Mata.’ Padah Tidak Membersihkan Mascara Ketika Tidur, Mata Wanita Ini Nyaris Buta.. - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

‘Ketulan Hitam Bawah Kelopak Mata.’ Padah Tidak Membersihkan Mascara Ketika Tidur, Mata Wanita Ini Nyaris Buta..


Seorang wanita nyaris hilang penglihatan kerana tabiat buruknya yang tidak membersihkan maskara dari bulu matanya setiap malam, lapor Mirror. 

Theresa Lynch, 50, ibu kepada dua orang anak itu terpaksa pergi berjumpa dengan doktor selepas matanya berasa sakit dan tidak selesa. Theresa terkejut apabila dimaklumkan oleh doktor bahawa terdapat kesan benjolan hitam yang melekat kuat dan sebati di bawah kelopak matanya. 


Menurut doktor pakar berkenaan, keadaan itu berlaku berpunca dari tabiat buruk Theresa yang gemar menggunakan maskara tetapi tidak membersihkan bulu matanya setiap malam selama 25 tahun. Malah, kejadian yang berlaku pada Theresa itu merupakan kes yang paling teruk dari kes-kes sebelum ini. 

"Ia melekat terlalu kuat dan dalam sehingga menimbulkan rasa tidak selesa pada mata dan menyebabkan kelopak mata saya terasa pedih dan bengkak kerana sudah lama dibiarkan dalam keadaan seperti itu. 

"Apabila Doktor Robael memeriksa kelopak mata saya, dia terkejut dan mengatakan ini kali pertama dia melihat keadaan mata saya yang teruk ini sepanjang kariernya. 



Ekoran itu, Theresa yang bekerja sebagai pembantu rumah itu terpaksa menjalani pembedahan selama 90 hari bagi membuang ketulan-ketulan hitam tersebut. 

Doktor Robael yang merupakan Pakar Perunding OFtalmologi berkata, "Setiap kali Theresa mengerlipkan matanya, ketulan-ketulan hitam itu akan menggosok permukaan matanya menimbulkan risiko pada penglihatannya. 


"Sekiranya kesan calar di permukaan mata itu terkena jangkitan, ia berisiko dan berpotensi menyebabkan penglihatan Theresa buta, tetapi ia jarang berlaku. Ia akan meninggalkan parut kekal pada kelopak mata dan permukaan kornea. 


"Simptom-simptomnya seperti seseorang mencampak segenggam pasir ke dalam mata anda dan menyebabkan rasa pedih yang tak terkata. 

"Ini adalah satu kes yang luar biasa, yang saya tak pernah lihat sebelum ini. Tidak ramai wanita yang membersihkan maskara mereka dengan serius dan teliti," katanya. 

Theresa berasal dari Amerika dan kini menetap di Sydney memberi peringatan kepada golongan wanita agar membersihkan wajah mereka dari solekan setiap hari sebelum tidur bagi mengelakkan kejadian seperti yang dialaminya itu berulang. 


"Saya terkejut dan ingatkan mata serta kelopak mata akan mengalami kerosakan kekal dan penglihatan tidak dapat kembali kepada normal. 


"Saya sudah terbiasa memakai banyak alat solek dan tidak membasuhnya sehingga dibawa ke tidur. Saya tidak sepatutnya membiarkannya sehingga terjadi begini. 

"Jadi, beringatlah semua. Bersihkan wajah anda sebelum tidur bagi mengelakkan kejadian yang sama berulang," katanya.


✍ Sumber Pautan : ☕ PenmerahPress

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2Jcj8X0

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.