Hi! Welcome Back and Stay Tune! Apple Akhirnya Membenarkan Versi Terkini Aplikasi Telegram Diterbitkan Di AppStore - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Apple Akhirnya Membenarkan Versi Terkini Aplikasi Telegram Diterbitkan Di AppStore

Selepas pengasas Telegram membuat aduan secara terbuka berkenaan Apple yang tidak membenarkan versi terkini Telegram diterbitkan, kini akhirnya Apple telah pun membenarkan aplikasi Telegram untuk iOS terkini diterbitkan di App Store.

Sebelum ini, kerajaan Russia telah meminta kunci nyah-sulitan untuk aplikasi Telegram daripada pembangunnya. Namun, perkara berkenaan tidak diberikan kerana melibatkan privasi pengguna. Hal ini membuatkan pihak Telegram mengharamkan aplikasi berkenaan, dan meminta Apple menariknya daripada App Store. Apple tidak menarik aplikasi berkenaan, tetapi pada masa yang sama, disebabkan perkara tidak diketahui, Apple tidak membenarkan versi terbaru aplikasi permesejan berkenaan diterbitkan.

Hal ini turut membawa kepada beberapa masalah, termasuk tidak membolehkan pengguna global aplikasi permesejan berkenaan menikmati sejumlah ciri-ciri baru.

Kini, dengan aplikasi Telegram yang dibenarkan menerbitkan versi terbaru kembali, masalah ini dilihat telah selesai – sekaligus membolehkan para pengguna global menggunakan Telegram pada iOS tanpa sebarang masalah.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2sxL40v

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.