Hi! Welcome Back and Stay Tune! Kamera Litar Tertutup Bekecerdasan Buatan Dihasilkan Di Jepun Berjaya Mengurangkan Kecurian Sehingga 40% - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Kamera Litar Tertutup Bekecerdasan Buatan Dihasilkan Di Jepun Berjaya Mengurangkan Kecurian Sehingga 40%

Seperti di Malaysia, Jepun juga mempunyai masalah pengunjung panjang tangan apabila pergi ke kedai. Dianggarkan pengusaha perniagaan Jepun mengalami kerugian 400 bilion Yen (~RM 14.5 bilion) setahun kerana kes kecurian. Bagi membasmi masalah ini, kamera litar tertutup berkecerdasan buatan telah dibangunkan dan ia berjaya mengurangkan kes kecurian sebanyak 40%.

Kamera litar tertutup buatan Eagle Eye di atas dipadankan dengan kecerdasan buatan AI Guardman. Ia menganalisa pergerakan pengunjung kedai dan mencari kelakuan yang mencurigakan yang dilakukan sebelum mereka mencuri. Antara tabiat yang dilakukan ialah berjaya pada kawasan yang sama beberapa kali, tidak meminta bantuan pekerja untuk mencari produk dan mencari titik buta di dalam kedai.

Apabila kelakuan ini dikesan, pekerja kedai akan menerima notifikasi pada telefon pintar. Biasa teguran semudah “adakah anda memerlukan bantuan?” sudah cukup untuk membuatkan pencuri melupakan hasrat mereka.

Kos memasang kamera litar tertutup pintar ini agak tinggi. Setiap unit yang boleh mengawal kawasan dalam lingkung 13 meter dijual pada harga 238,000 Yen (~RM 8640). Kos penggunaan data awanan sebanyak 4500 Yen (~RM 143) sebulan juga dikenakan. Tetapi jika kedai anda mempunyai masalah kecurian yang serius, ini ialah kamera yang pintar untuk memeranginya.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2LigyPW

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.