Mana pergi RM33 bilion?
Mana pergi RM33 bilion?. SHAH ALAM - Menteri Kewangan Lim Guan Eng mahu bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menjelaskan ke mana perginya AS$8.35 billion (RM33 billion) melibatkan aktiviti pelaburan dan penerbitan bon sepanjang 2009 sehingga 2013.
Dakwanya, pertama membabitkan pelaburan wang sejumlah S$1.83 billion (RM7.3 billion) yang dilaburkan dalam satu usaha sama bersama dengan PetroSaudi International Ltd di antara tahun 2009 dan 2011.
"Kedua, ke mana perginya wang bon AS$3.5 bilion (RM13.9 bilion) yang diterbitkan pada 2012 yang bertujuan asal untuk membeli loji-loji pejana kuasa di Malaysia.
"Terakhir, ke mana perginya wang bon AS$3 bilion (RM11.9 bilion) yang diterbitkan pada 2013 untuk pembangunan TRX?," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Menurutnya, Kementerian Kewangan akan bekerjasama erat dengan Jawatankuasa Khas 1 Malaysia Development Berhad (1MDB) yang ditubuhkan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad untuk mengembalikan sebanyak mungkin dana yang hilang serta dicuri dan menghukum semua pihak yang telah terlibat dalam skandal korupsi terbesar di Malaysia.
Sementara itu, Guan Eng menyifatkan tindakannnya mengelarkan pembayaran pelbagai tuntutan kewangan sebanyak RM6.98 bilion yang dikenakan ke atas 1MDB sejak April 2017 sebagai bailout adalah tepat.
"Bagaimanapun, Najib menulis bahawa ia “adalah salah untuk memanggil pembayaran-pembayaran tersebut sebagai satu bailout” dalam laman Facebooknya.
"Najib perlu ingat pemindahan aset 1MDB kepada Kementerian Kewangan bukanlah satu transaksi “jual beli. Pegawai-pegawai kementerian mengesahkan bahawa tiada penjanjian jual beli telah dilangsungkan atau dijalankan.
"Beliau juga tidak patut lupa tanah-tanah tersebut telah dijual Kerajaan Persekutuan kepada 1MDB pada harga tersangat rendah antara 2010-2012," katanya. - Sinar Harian

✍ Sumber Pautan : ☕ The Viral News
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2kHwBvo
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment