Hi! Welcome Back and Stay Tune! Pelajar UUM Cedera Blok Asrama Dihempap Pokok Tumbang.. - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Pelajar UUM Cedera Blok Asrama Dihempap Pokok Tumbang..



SINTOK: Dua pelajar Universiti Utara Malaysia (UUM) cedera selepas sebatang pokok tumbang menghempap bumbung Blok A Inapan Siswa (INASIS) Grantt dalam kampus induk universiti berkenaan di sini, petang semalam.

Dalam kejadian jam 4 petang itu, pelajar terbabit, Noor Shamine Amiera Rosli, 22, cedera di kepala dan luka di bahagian dagu manakala rakannya, Nuralin Shazleen Md Roos, 22, pula mengalami calar kecil di kepala.


Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Profesor Dr Abdul Malek Abdul Karim berkata, kedua-dua pelajar terbabit kemudian dihantar ke Pusat Kesihatan Universiti (PKU) pada jam 4.30 petang sebelum dirujuk ke Hospital Jitra.

Seorang pelajar yang cedera di bahagian dagu dan kepala selepas terkena serpihan bumbung apabila sebatang pokok yang tumbang menghempap bumbung di Blok A Inapan Siswa (INASIS) Grantt di Universiti Utara Malaysia (UUM) dalam kejadian angin kencang yang melanda petang semalam. - Foto ihsan Pembaca

Katanya, Noor Shamine menerima empat jahitan di kepala selain luka di bahagian dagu, manakala rakannya Nuralin Shazleen turut menerima rawatan akibat kecederaan yang dialami.

"Setakat ini hasil siasatan awal mendapati terdapat kerja pemotongan pokok berhampiran oleh kontraktor sebelum berlaku angin kencang sehingga menyebabkan kejadian itu berlaku.


"Sebagai langkah keselamatan, tujuh bilik di aras empat Blok A, INASIS Grantt dikosongkqn dan pelajar ditempatkan di rumah tamu Grantt sebelum ditukarkan ke bilik lain buat sementara waktu," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.



✍ Sumber Pautan : ☕ PenmerahPress

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2ssy5hj

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.