Hi! Welcome Back and Stay Tune! "Dia 'Pergi' Sebagai Hero." Suami Cuba Lindungi Isteri Hamil, Mati Ditembak Perompak.. - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

"Dia 'Pergi' Sebagai Hero." Suami Cuba Lindungi Isteri Hamil, Mati Ditembak Perompak..



Seorang lelaki berusia 51 tahun di Okland, California, maut ketika cuba melindungi isterinya yang hamil dari perompak, lapor Nextshark. 

Dalam kejadian 22 Mei, sekumpulan perompak memecah masuk kediaman Hoan Lieu dan mengancam isterinya, Kat, 38, yang sedang menonton televisyen.

Lieu pada ketika itu berada di bilik lain bergegas menyelamatkan isterinya tetapi ditembak mati dan suspek terus melarikan diri. 


Adik mangsa, Chris, berkata, abangnya cuba melindungi isterinya dari dicederakan oleh suspek. 

"Di fikiran saya, dialah (Lieu) hero. Dialah yang sanggup berkorban nyawa untuk melindungi isteri dan zuriatnya yang masih dalam kandungan. 

Lieu dan keluarganya berhijrah dari China ke Amerika pada tahun 80-an. Lieu kemudian menemui pasangannya, Kat, dan mendirikan rumah tangga pada Disember 2015. Kat kemudian disahkan hamil dan dijangka akan bersalin pada Ogos 2018. Pasangan itu juga berhasrat menamakan anak mereka sebagai Benjamin. 

"Dia sangat gembira dengan keluarganya, Malah dia bekerja keras selepas mendapat tahu Kat mengandung," kata Chris. 


Lieu bekerja sebagai pemandu Uber, buruh pembinaan dan melakukan kerja-kerja pemasangan sistem bunyi untuk pelbagai majlis/acara. 

Susulan kejadian itu, Chris mewujudkan tabung sumbangan (GoFundMe) untuk membantu keluarga Kat dan kandungannya. Setakat ini, kempen itu telah mengutip dana sebanyak US$34,422 dari sasaran US$100,000 dalam masa lima hari pertama. 


Ketika ini, Kat tinggal bersama keluarga suaminya dan Chris berkata, Kat boleh tinggal bersama mereka selama mana yang dia perlukan. 

"Kat sangat sedih dengan pemergian suaminya. Setiap saat dia akan memikirkan tentang abang saya dan menangis. Tetapi dia juga tahu dia tidak boleh terlalu membawa perasaannya kerana ia boleh menjejaskan kandungannya. 


"Abang saya adalah punca pendapatan keluarganya, kini dia telah 'pergi'. Kat dan Benjamin perlukan bantuan kewangan. Segala sumbangan anda akan disalurkan kepada Kat dan Benjamin melalui detik-detik sukar ini dan sedikit sebanyak menjamin masa depan Benjamin," katanya. 

Difahamkan, pihak berkuasa juga menawarkan ganjaran US$15,000 kepada mana-mana pihak yang mempunyai maklumat mengenai suspek.


✍ Sumber Pautan : ☕ PenmerahPress

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2LQOt37

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.