Hi! Welcome Back and Stay Tune! “Alhamdulillah Pada Januari Lalu, Saya Memeluk Islam Secara Rasmi Tanpa Ada Paksaan Daripada Mana-Mana Pihak,” Kanak-Kanak Lelaki Usia 11 Tahun Terima Hidayah Di Usia Muda.. - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

“Alhamdulillah Pada Januari Lalu, Saya Memeluk Islam Secara Rasmi Tanpa Ada Paksaan Daripada Mana-Mana Pihak,” Kanak-Kanak Lelaki Usia 11 Tahun Terima Hidayah Di Usia Muda..



KEDATANGAN Ramadan tahun ini amat bermakna buat murid Tahun Lima berketurunan Tionghua dari Sekolah Kebangsaan Hakim Teh, Kubang Pasu kerana berpeluang menjalani ibadah puasa selepas memeluk agama Islam atas kehendak sendiri Januari lalu.

Muhammad Firdaus Hong Abdullah, 11, berkata dia gembira kerana berpeluang berpuasa bersama-sama rakan dan sangat teruja bersolat tarawih di surau dan masjid di kampungnya di sekitar Tunjang.


“Sejak tadika lagi saya memang berminat dengan Islam sebab hidup dan berkawan dengan rakan-rakan beragama Islam, selain turut berminat dengan mata pelajaran agama Islam di sekolah.

“Sudah lama saya minat nak peluk Islam, tapi guru-guru nasihat waktu itu masih awal dan nasihatkan saya supaya memahami Islam terlebih dulu.

“Alhamdulillah pada Januari lalu, saya memeluk Islam secara rasmi tanpa ada paksaan daripada mana-mana pihak,” kata Muhammad Firdaus atau nama asalnya Lim Ching Hong.


Hidayahnya lebih bermakna apabila kedua ibu bapanya tidak menghalang hasrat anak mereka memeluk Islam.

Katanya, biarpun tinggal dengan ibu bapa yang bukan beragama Islam, namun mereka memahami soal halal dan haram menyebabkan ibunya hanya menyediakan makanan yang boleh dimakan sahaja.

Sementara itu, bapanya Lim Hun Kheng 45, berkata pada mulanya mereka agak keberatan untuk membenarkan anaknya menukar agama kerana bimbang, tidak boleh lagi tinggal bersama.

“Tetapi selepas diberi penerangan oleh beberapa pihak terutama pihak sekolah dan bapa angkat anak iaitu Aziz, Isa 60, akhirnya saya memberi kebenaran.

“Sehingga kini dia masih tinggal dengan kami, dan ibunya Wandee Sandeesa 40, turut bangun setiap awal pagi untuk menyediakan sahur,” kata ketika ditemui selepas menerima kunjungan guru besar sekolah dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) di rumahnya di Tunjang, hari ini.


Dalam pada itu, Guru Besar SK Hakim Teh Nurun Ihsan Hasbullah berkata, pihak sekolah sentiasa memberi tumpuan terhadap Firdaus dalam menjalani kehidupan sebagai orang Islam.

“Alhamdulillah, Muhammad Firdaus sudah berjaya menghafal surah-surah pendek dan akan mendaftar untuk memasuki Kelas Agama dan Fardhu Ain (KAFA) pula.

“Pihak sekolah turut membantu membelikan pakaian raya untuknya dan berusaha mendaftarkan pengislamannya di pejabat agama dan Jabatan Pendaftaran Negara,” katanya.



✍ Sumber Pautan : ☕ PenmerahPress

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2LVqX4X

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.