(VIDEO) Gara-Gara Tular Berita Palsu Penculikan Kanak-Kanak Dalam Whatsapp, Peminta Sedekah Disangka Penculik Mati Dipukul..
New Delhi: Kerana disangka penculik, peminta sedekah yang berpakaian seperti wanita dipukul mati oleh penduduk kampung berikutan tersebarnya berita palsu di media sosial kononnya ada geng yang aktif menculik kanak-kanak.
Chandraiah, 52, dari daerah Mahbubnagar mangsa terbaru membabitkan penyebaran berita seumpama itu dengan tiga rakannya yang juga pengemis mengalami cedera parah.
Times of India melaporkan, kejadian itu berlaku beberapa minit sebelum menjelangnya tengah malam Sabtu di kawasan Chandrayanggutta yang menjadi tumpuan orang ramai sempena Ramadan.
Sebelum itu, mangsa dan tiga rakannya meminta sedekah di sebuah kafe sebelum pelanggan hotel berhampiran tiba-tiba menuduh mereka penculik kanak-kanak.
Mereka turut menunjukkan video mendakwa adalah suspek terbabit yang kelihatan seperti empat pengemis terbabit yang diterima menerusi WhatsApp.
NDTV memetik jurucakap polis, Y Prakash Reddy berkata penduduk terbabit membaling batu serta membelasah empat lelaki berkenaan sebelum polis dikejarkan ke tempat kejadian.
“Chandraiah disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di hospital. Berdasarkan rakaman video insiden berkenaan, seramai 35 orang ditahan polis,” katanya.
VIDEO:
VIDEO:
✍ Sumber Pautan : ☕ PenmerahPress
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2J6Xyr3
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment