Hi! Welcome Back and Stay Tune! 'Cinderella' Moden Jutawan Minyak ’. Remaja Miskin Menang Pertandingan Realiti Untuk Menjadi Isteri Jutawan Minyak Russia.. - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

'Cinderella' Moden Jutawan Minyak ’. Remaja Miskin Menang Pertandingan Realiti Untuk Menjadi Isteri Jutawan Minyak Russia..



Moscow: Pelajar miskin yang berhijrah ke Moscow tanpa wang untuk belajar sambil bekerja berjaya memenangi pertandingan realiti untuk menjadi isteri jutawan minyak Russia, mengalahkan 2,000 peserta lain.

Yulia Sveshnikova, 29, dia dipilih jutawan itu, Konstantin Scherbinin, 55, untuk menjadi isteri dan ibu tiri enam anaknya berusia antara 16 hingga 35 tahun.


Dia mengalahkan dua finalis, Maria Praim, 30, dan Anna Kim, 34.

Menurut Daily Mail yang memetik media tempatan, Dua daripada lima anak Scherbinin memilih Yulia sebagai bakal isteri bapa mereka, isteri keenam.

Image result for Yulia Sveshnikova, 29,

Program televisyen dikenali sebagai ‘Millionaire for Marriage’ itu mendapat permohonan daripada 2,000 wanita yang ingin menjadi peserta.

Menurut program itu, Yulia akan menikmati percutian berbulan madu ke Dubai bersama suaminya, tinggal di kediaman mewah di Moscow dan Los Angeles bersama koleksi kereta mewah.


Kekayaan Scherbinin terdiri daripada rumah agam mewah, kapal persiaran dan jet peribadi.

Berbanding kehidupannya tiga tahun lalu, Yulia berasal dari bandar terpencil di timur Siberia, Khabarovsk, berpindah ke Moscow dengan kocek kosong.

Dia melanjutkan pelajaran dan bekerja sambilan sebagai pengurus acara.

“Saya seorang yang berani, membuat keputusan berpindah ke Moscow dengan kocek kosong.

“Bukan semua orang berani melakukan apa yang saya lakukan ini,” katanya.


Sambil menunjukkan cincin berlian berharga RM192,291 dan berkata: “Ya! Hari ini saya menang.

Sementara itu, Scherbinin berkata, dia menjangka berlaku konflik dalam kalangan anak-anaknya walaupun mereka membantunya memilih bakal isteri.

“Anak adalah segalanya untuk saya, namun hari ini, saya memilih kamu.

“Anda menarik, hebat dan terbuka. Anda memberi harapan dan ia mendalam kepada lelaki,” katanya kepada Yulia. - Agensi


✍ Sumber Pautan : ☕ PenmerahPress

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2JfMbJ2

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.