Huawei Watch 2 2018 Dilancarkan Di China – Spesifikasi Sama Dengan Rekaan Dikemaskini
Rekaan Huawei Watch 2 2018 tertiris ke arena web pada awal bulan Mei yang lalu. Ia akhirnya dilancarkan di China semalam dengan sokongan kad e-SIM terbina. Sebelum ini hanya model dengan sokongan non SIM dan Bluetooth dihasilkan. Dari segi rekaan perubahan dilakukan pada bahagian tali dan beberapa pilihan warna baharu.
Spesifikasi jam tangan masih lagi skrin 1.2″ AMOLED, pemproses Snapdragon 2100, memori sebesar 768 MB, storan 4GB, bateri 420 mAh dan menggunakan Wear OS. Ia mempunyai kemampuan kalis air IP68 serta pengimbas nadi terbina. Ia ditawarkan dalam warna Carbon Black, Star Grey dan Vibrant Orange.
Terdapat juga sokongan GPS, pengimbas nadi, barometer, accelerometer dan kemampuan kalis air IP68. Dengan sistem NFC terbina, sistem pembayar Huawei Pay, Ali Pay dan WeChat juga boleh digunakan. Di China Huawei Watch 2 2018 dijual pada harga RMB 1540 (~RM 954) untuk versi Bluetooth dan RMB 2000 (~RM 1239) untuk versi SIM.
✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2Jn5pzW
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment