Hi! Welcome Back and Stay Tune! (VIDEO) Keji! Tak Sedar Kamera Tersembunyi Merakam Perbuatan, Pekerja Ludah Dalam Minuman Sebelum Beri Majikannya Minum... - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

(VIDEO) Keji! Tak Sedar Kamera Tersembunyi Merakam Perbuatan, Pekerja Ludah Dalam Minuman Sebelum Beri Majikannya Minum...



Gara-gara geram dengan bos sendiri, seorang pekerja meludah ke dalam minuman majikannya itu sebelum menyerahkan cawan kepada wanita itu untuk diminum.


Lelaki itu melakukan tindakan tersebut kerana beranggapan tiada yang melihat sedangkan perbuatan jijik itu dirakam oleh kamera yang diletakkan di dalam bilik.



Rakaman kamera menunjukkan lelaki itu dilihat melihat sekeliling terlebih dahulu bagi memastikan dia bersendirian ketika itu. Tapi dia tidak menyedari ada kamera diletakkan di dalam pejabat di Aliagarh, sebuah bandar di negeri India utara Uttar Pradesh.



Selepas menuang air ke dalam cawan logam, pembantu pejabat itu meludah sebelum melangkah perlahan.

Video tersebut yang telah dimuat naik ke media sosial menjadi viral, dan lelaki itu telah digantung tugas.


Siasatan telah bermula empat hari sebelum kejadian itu apabila ketuanya yang juga merupakan pegawai perundangan melihat perubahan dalam tingkah laku lelaki tersebut.

Setelah keadaan menjadi lebih buruk, pegawai wanita itu memutuskan untuk memasang kamera tersembunyi bagi merekod tindakan orang bawahannya yang mencurigakan.


Apabila melihat kembali rakaman, dia menyedari bahawa lelaki itu telah memberinya minum air yang telah diludah lantas memulakan prosiding kepada lelaki tersebut.

Hakim Daerah, Prem Kumar Singh mengesahkan penggantungan lelaki itu dari tugas.

VIDEO:



Sumber : Mirror


✍ Sumber Pautan : ☕ PenmerahPress

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2JcAkMb

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.