(VIDEO) SMK Kuala Besut Juara Harumkan Nama Malaysia Dalam Bidang Tenaga Nuklear Di Peringkat Dunia..
Menurut sumber, guru penyelaras projek, Wan Zul Azri Wan Mod Shatar berkata segala susah payah pasukan itu berbaloi dengan kejayaan. Beliau secara peribadi menyifatkan kejayaan yang diperolehi ini menjadi kemuncak kecemerlangannya sepanjang berkhidmat dalam bidang perguruan selama ini.
"Sebenarnya saya sendiri hampir berputus asa dengan 1,001 dugaan sepanjang menyertai pertandingan ini. Kami perlu melalui tiga fasa dalam pertandingan ini di mana fasa pertama disertai 188 pasukan dari 30 buah negara. Alhamdulillah, pasukan kami terpilih untuk fasa kedua.
"Namun di sinilah mula menguji kesabaran saya. Cuba bayangkan untuk muat naik video bersaiz 500 mb yang berdurasi hanya tiga minit sahaja saya perlu mengambil masa setengah jam dan saya mencuba lima kali namun semuanya gagal," katanya kepada sumber melalui applikasi Whatsapp hari ini.
Tiga pelajar SMK Kuala Besut mengharumkan nama Malaysia melalui projek persembahan mereka yang bertajuk '100 Perkara Mengenai Sains Nuklear dan Kehidupan (100 Things About Nuclear Science And Life)' dalam pertandingan tersebut petang semalam.
Wan Zul Azri yang masih berada di Korea Selatan ketika ini berkata kegagalan memuat naik video itu benar-benar menguji kesabarannya namun kata-kata semangat isterinya, Halisa Mohd Darus yang menyarankan beliau melakukan solat hajat memohon pertolongan Allah menguatkan semula azamnya untuk membantu pasukannya mara ke peringkat akhir pertandingan itu.
Katanya, untuk itu beliau terpaksa berada di depan komputer riba hampir tiga jam hanya untuk memuat naik video 500 mb itu, namun gagal dan timbul perasaan sedih serta hampa berdepan dengan situasi itu.
"Namun kuasa Allah dan berkat doa ibu bapa saya serta pihak yang inginkan kemenangan kami, Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) telah menghubungi saya melalui e-mel pada sebelah petang hari yang sama memaklumkan tidak perlu muat naik video itu.
"IAEA memaklumkan video boleh dihantar hanya menggunakan 'link' sahaja dan akhirnya kami berjaya menjadi juara dunia setelah menewaskan pasukan dari Amerika Syarikat, Hungary, Jepun dan Korea selaku tuan rumah pertandingan ini," katanya.
Sementara itu, Ketua Rombongan yang juga guru SMK Kuala Besut, Faizu Abd Rahman yang berada di Korea berkata kejayaan itu amat membanggakan kerana Malaysia bukanlah sebuah negara pengeluar tenaga nuklear tetapi pelajar mampu bersaing dengan pasukan negara lain yang lebih maju.
Katanya, bagi memberi keyakinan kepada pelajar, pada peringkat awal mereka telah didedahkan dengan pelbagai aktiviti dan turut serta menyertai kempen berkaitan nuklear bersama komuniti setempat di Pulau Perhentian terutama apabila pelancong luar negara hadir ke kawasan sekitar.
Pengarah Pendidikan Negeri Terengganu, Shafruddin Ali Hussin yang turut melahirkan kegembiraan atas kejayaan tersebut berkata Pegawai Pendidikan Daerah Besut akan berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) untuk menjemput kepulangan pasukan itu dari Korea, esok.
"Mereka dijangka tiba di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di Kelantan pada pukul 9 malam Sabtu ini sebelum pulang ke Kuala Besut.
"Saya difahamkan, Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik juga akan datang berkunjung ke SMK Kuala Besut untuk melihat sendiri perkembangan di sekolah itu dalam masa terdekat," katanya.
Berdasarkan rekod, kejayaan pelajar SMK Kuala Besut di peringkat dunia ini bukanlah yang pertama bagi Terengganu kerana negeri ini telah banyak melakar kejayaan berprestij yang diiktiraf dunia selama ini.
VIDEO:
Sumber : Bernama
✍ Sumber Pautan : ☕ PenmerahPress
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2J9udrS
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment