Hi! Welcome Back and Stay Tune! (VIDEO) Terkini! Kelibat Musa Aman Dilihat Di Stesen Kereta Api London? - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

(VIDEO) Terkini! Kelibat Musa Aman Dilihat Di Stesen Kereta Api London?

RAKAMAN video menunjukkan seorang lelaki yang kelihatan seperti bekas Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman, di stesen kereta api St Pancras International di London dikongsi oleh pengguna Facebook, Az Eem dengan Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli dan kumpulannya, Invoke Malaysia (INVOKE).

KOTA KINABALU: Seorang pengguna laman sosial Facebook mendakwa melihat kelibat Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah, Tan Sri Musa Aman di Stesen Kereta Api St Pancras International, London lapor Berita Harian.

Pengguna Facebook yang dikenali sebagai Az Eem itu turut memuatnaik video berdurasi 10 saat yang turut tular sejak 13 jam lalu.


Video itu yang dimuatnaik beberapa jam lalu yang bertarikh hari ini dengan kapsyen: 'Ex-cm Sabah spotted at St. Pancras, London. Rafizi Ramli INVOKE Malaysia' atau bekas CM (Ketua Menteri) Sabah dilihat di St Pancras, London.

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan jika individu yang memakai jaket merah dan topi itu dengan troli bagasinya serta ditemani seorang individu dan anak kecil itu adalah Musa.

Sebelum ini, ada yang mendakwa Musa lari ke London namun ia tidak dapat dipastikan.


Baru-baru ini, Ketua Pengarah Jabatan Imigresen, Datuk Seri Mustafar Ali berkata, Musa dikesan tidak mengikut sistem dan undang-undang Jabatan Imigresen Malaysia (Imigresen) bagi urusan keluar masuk di negara ini jika benar beliau kini berada di luar negara.

Mustafar dilaporkan berkata, berdasarkan rekod jabatan itu, kali terakhir Musa keluar negara dari Lapangan Terbang Subang pada 10 April lalu jam 8.02 malam menggunakan pasport diplomatik dan tiada rekod masuk dan keluar semula dalam sistem rekod yang ada.

Sebelum ini, berdasarkan rekod, Musa dikesan berlepas ke Kuala Lumpur dengan penerbangan Malindo dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) pada jam 9 pagi, 14 Mei lalu.


Beliau dikatakan menghadiri mesyuarat parti dipengerusikan bekas Timbalan Perdana Menteri yang juga Naib Presiden UMNO yang menjalankan tugas Presiden, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) baru-baru ini juga hadir di rumah Musa di sini, namun tidak dapat memasuki kediaman itu kerana beliau tiada di rumah.

Ia dipercayai ada kaitan dengan siasatan SPRM terhadap Presiden Parti Solidariti Tanah Airku (STAR), Datuk Dr Jeffrey Kitingan yang bekerjasama dengan BN bagi usaha membentuk kerajaan negeri selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).


VIDEO:



✍ Sumber Pautan : ☕ PenmerahPress

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2Jcj1uy

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.