Hi! Welcome Back and Stay Tune! (VIDEO) Kanak-Kanak Usia 7 Tahun Maut Dihempap ‘Istana Belon’ Yang Terbalik Akibat Ditiup Angin Ribut.. - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

(VIDEO) Kanak-Kanak Usia 7 Tahun Maut Dihempap ‘Istana Belon’ Yang Terbalik Akibat Ditiup Angin Ribut..



Beijing: Seorang kanak-kanak lelaki maut, manakala beberapa lagi cedera ketika bermain istana belon yang terbalik akibat ditiup angin kuat dalam kejadian di tenggara China, Selasa lalu.

Kejadian yang berlaku di bandar Fengwei, Quangzhou, wilayah Fujian itu turut mengakibatkan sekurang-kurangnya lima orang dewasa cedera.


South China Morning Post melaporkan, pelampung istana itu didirikan di sebuah dataran orang ramai di bandar terbabit.

The gust of wind caused chaos on a plaza in Quanzhou, Fujian Province

Polis Quangang berkata, pelampung istana itu dikatakan adalah sebahagian aktiviti yang disediakan di satu pesta dianjurkan di situ.

Rescue attempt: A video clip shows onlookers trying to hold the bouncy castle to the ground

Insiden malang itu berlaku ketika pelampung terbabit yang dipenuhi dengan kanak-kanak secara tiba-tiba terbalik dan diterbangkan angin kuat menyebabkan mereka terjatuh dan terperangkap di bawahnya.


Orang ramai yang cemas berusaha untuk membantu menyelamatkan kanak-kanak yang ditimpa pelampung berkenaan.

Satu rakaman yang tersebar di media sosial menunjukkan tiupan angin terlalu kuat turut menyebabkan kerusi dan meja tercampak termasuk beberapa skuter yang diletakkan berhampiran kawasan.

Daily Mail melaporkan, mangsa yang jatuh dari pelampung itu dikejarkan ke Hospital Quangang, namun disahkan meninggal dunia selepas itu.


Difahamkan, pegawai kerajaan di bandar itu dan ketua kampung turut berada di tempat kejadian untuk melakukan usaha menyelamat.

Sehingga kini, polis belum mendedahkan penganjur pesta berkenaan, namun siasatan sedang dilakukan. 

VIDEO:



✍ Sumber Pautan : ☕ PenmerahPress

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2J9XfY9

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.